fbpx
Now Reading
Lelaki Samun Warga China Rupanya Bekas Anggota Polis, Diberhentikan Pada 2018

Lelaki Samun Warga China Rupanya Bekas Anggota Polis, Diberhentikan Pada 2018

Sudah diberhentikan dua tahun lepas rupanya..

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu video kejadian menyamar dan menyamun seorang wanita warga China di Pandan Perdana, Ampang.

Dia bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri manakala seorang dari tiga suspek berjaya ditahan orang awam yang kemudian dilaporkan sedabg seorang anggota polis yang digantung tugas.

Namun menerusi laporan terbaru dari Sinar Harian, suspek berkenaan sebenarnya seorang bekas anggota polis yang telah diberhentikan kerja sekitar dua tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan menjelaskan suspek berusia 46 tahun itu sudahpun diberhentikan kerja pada 18 Julai 2018 atas kesalahan membabitkan dadah

“Dia diberhentikan kerja kerana disabitkan berhubung kes dadah di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Azam Ismail memaklumkan lelaki berkenaan sudah direman bermula semalam hingga 30 Ogos ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan.

Dalam pada itu pihak polis juga sedang giat memburu dua lagi suspek yang sudah dikenal pasti.

Terdahulu insiden berkenaan menimbulkan kegusaran orang ramai apatah lagi ianya berlaku di khalayak ramai selain membabitkan lelaki yang didakwa anggota penguatkuasa.

Artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.