
Didakwa Konon Tak Pakai Mask, Respon Tengku Puteri Jihan Dapat Pujian Netizen
Bahasa Puteri Jihan sopan habis kot..
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang pengguna Twitter baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila membuat tuduhan tidak berasas dengan mendakwa putera dan puteri kepada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menggunakan pelitup muka sewaktu berada di tempat awam.
Menerusi perkongsian berkenaan, ianya difahamkan berlaku ketika mereka bersama beberapa rombongan lain berada di Pusat Sains Negara.

Dengan menggunakan bahasa yang kesat, pengguna berkenaan turut mendakwa pekerja Pusat Sains hanya membiarkan dan langsung tidak bersuara mengenai perkara tersebut .
Puter bongsu YDPA, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah kemudiannya tampil menyangkal dakwan tersebut. Jelasnya, semua yang bersamanya semasa melawat Pusat Sains lengkap mengenakan face mask tidak seperti yang didakwa individu terbabit.
Tambah Puteri Jihan lagi, tiada seorang pun dari kalangan mereka yang menggunakan beg jenama Louis Vuitton seperti yang didakwa individu terbabit.
Meskipun ringkas, jawapan beliau menarik perhatian ramai netizen. Ramai yang merasakan penggunaan ayat yang digunakan beliau jelas jauh berbeza dari individu terbabit.
Meskipun dituduh dengan bahasa kesat, beliau tetap tenang membalasnya. Bukan itu sahaja beliau malah bertindak sopan dengan menggunakan perkataaan maaf di awal ayat tersebut.
Tengok bahasa yg dia gunakan. Then tengok reply dari tengku. Siap ada perkataan 'maaf'. Itu bezanya dia dgn tengku.
— m.fairuz.j (@callmefye) August 24, 2020
Thank you for being so polite. Thank you for being kind no matter what. Semoga tengku dan keluarga sentiasa dibawah peliharaan Allah. Patience always win. 🙏🤲🏻✨💕
— cpnrjmhdrs (@cpnrjmhdrs) August 24, 2020
Buat tuduhan tanpa asas & bukti. Lepastu bahasa yang dia pakai. Hmmm. Tak kisah lah dengan siapa pun dia bercakap, perlu ke guna bahasa macam tu?
— Nadia 🇲🇾 (@NadiaKamaruddin) August 24, 2020
Individu lain tampil sangkal dakwaan
Namun yang menariknya seorang pengguna Twitter lainnya kemudiannya tampil menyokong kenyataan yang dikeluarkan Tengku Jihan.
Menerusi foto tersebut jelas individu terbabit dilihat sedang bergambar bersama Tengku Jihan bersama dua lagi adik beradiknya Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan kesemua mereka jelas mengenakan pelitup muka.
Malah menurutnya tiada beg LV yang digunakan sebaliknya anak-anak baginda difahamkan memakai tas tangan dari jenama Dior, jelasnya yang kebetulan menemui mereka di sana.
Ini sekaligus membuktika dakwaan tersebut tidak berasas malah seolah ditularkan dengan niat tidak baik.
Tweet tuduhan berkenaan bagaimanapun telah dipadam sejurus ianya tular di media sosial malah penggunanya juga kini telah menukar tetapan akaunnya dari umum kepada private.