Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan media hari menafikan terlibat atau mempunyai kaitan dengan peperiksaan UPSRx dan PT3x yang diadakan secara dalam talian.
Menurut KPM, pihak mereka sebelum ini telah membatalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk tahun 2020 pada 15 April 2020 yang lalu susulan dari penularan Covid-19
Kenyataan ini dikeluarkan selepas sebuah portal di laporkan telah menawarkan peperiksaan UPSRx dan PT3x yang akan diadakan secara online pada bulan September dan Oktober 2020
Memetik Malaysia Gazette, Kementerian Pendidikan juga sudahpun mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap portal tersebut kerana ianya melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
KPM dalam masa sama turut menasihatkan ibu bapa agar melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan info terkini yang sahih.