fbpx
Now Reading
Polis : Pasal Perempuan Punca Gaduh Di Dataran Merdeka

Polis : Pasal Perempuan Punca Gaduh Di Dataran Merdeka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular beberapa klip video pendek menyaksikan pergaduhan besar antara dua kumpulan mat rempit yang berlaku di Dataran Merdeka.

Menerusi perkongsian tersebut di beberapa laman di Facebook, jelas pergaduhan berkenaan melibatkan anak muda yang menggunakan helmet sebagai senjata dipercayai akibat salah faham antara dua kumpulan.

Polis kemudiannya memaklumkan kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata di tempat awam.

12 individu di tahan

Foto : Malaymail /Sayuti Zainudin

Terbaru Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan pihaknya telah menahan 12 individu yang terbabit dalam kejadian itu, pada Isnin lalu.

Jelas beliau punca sebenar pergaduhan adalah perselisihan faham  akibat adik perempuan kepada rakan mengikut kumpulan bermotosikal berbeza.

Tidak puas hati adik rakan ikut kumpulan motorsikal

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku apabila seorang daripada suspek berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kerana adik (perempuan) kepada rakannya mengikut kumpulan bermotosikal itu.

“Susulan itu, kami bertindak menahan 12 individu berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Geng Rempitz Gaduh di Dataran Merdeka (Ext. Version)

GENG REMPIT GADUH DI DATARAN MERDEKA, KL (EXTENDED VERSION)Dua geng rempit dirakam bergaduh di Dataran Merdeka KL. Punca pergaduhan tidak dapat dikenalpasti.

Posted by Sembang AhBeng & AhLian on Saturday, 22 August 2020

Beliau berkata demikian kepada media sewaktu ditemui di Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara yang disampaikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, pada khamis.

Ini sekaligus menjawab tanda tanya dan spekulasi orang ramai yang merasakan kes berkenaan sebenarnya bukan hanya salah faham biasa sebaliknya membabitkan kongsi gelap dan gangsterisme

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.