Now Reading
Nampak Benda Terapung Di Mata Semasa Di Kawasan Terang? Ini Puncanya

Nampak Benda Terapung Di Mata Semasa Di Kawasan Terang? Ini Puncanya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah tak anda alami situasi dimana terdapat objek halus yang kelihatan seperti cacing atau bakteria atau mungin berbentuk dot kecil pada mata anda?

Ianya akan lebih ketara sewaktu anda berada di kawasan yang terang benderang atau di kawasan yang banyak sumber matahari

Kalau ya sebenarnha anda tidakperlu risau, bayangan tersebut dipanggil ‘eye floaters’ atau dalam bahasa saintifiknya Musca volitantes, yang diambil daripada bahasa Latin yang membawa maksud ‘lalat terbang’.

Ia adalah satu fenomena biasa yang selalu terjadi pada manusia yang kebiasannya akan muncul ketika seseorang itu melihat cahaya terang seperti matahari dan lampu ataupun menatap warna asas seperti warna putih dalam satu tempoh masa yang lama.

Ianya akan lebih kerap kelihatan disebabkan faktor usia. Lebih berusia umur seseorang lebih mudah dia mengalami keadaan sebegini.

Foto : All About Vision

Untuk mata merenka yang normal, cahaya akan bergerak ke retina menerusi kornea dan lensa terlebih dahulu.

Diantara bahagia tersebut terdapat cairan lendir yang dipanggil Vitreus yang berfungsi menjaga bentuk bola mata kita. Kekentalan vitrues akan mula berkurangan seiring dengan pertambahan usia manusia dan dari situlah akan munculnya sisa kotoran tersebut yang dikenali sebagai eye floaters.

Diharap penerangan ini dapat menghilangkan kegusaran hati anda. Meskipun ianya agak menganggu elakkan diri mencuci mata atau menonyoh mata anda dengan tangan kerana ia merupakan perkara biasa buat manusia.

Namun sekiranya anda mengalami gejala yang bebeza seperti saiz bayangan bertambah besar, ganguan pada penglihatan periferal, mata menjadi kabur dan sakit, segeralah berjumpa doktor mata.

Ada cara pencegahan?

Umumnya floaters tidak dapat dicegah. Namun, sebagai saranan jalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya 2 tahun sekali untuk mengetahui status mata anda.

Ini bagi memastikan floaters tidak menjadi gejala yang lebih serius yang boleh merosakkan penglihatan.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.