fbpx
Now Reading
“Sedih Apabila Perkara Ini Berlaku” – Achey Respon Isu Kemelut Ali Puteh & Hidayah

“Sedih Apabila Perkara Ini Berlaku” – Achey Respon Isu Kemelut Ali Puteh & Hidayah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak Achey mendedahkan dia dan rakan karibnya Fad juga dari kumpulan Bocey pernah memberi saranan kepada pelawak, Ali Pute dan balu arwah Abam, Nor Hidayah untuk menyelesaikan konflik mereka secara tertutup.

“Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah.

“Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Namun, nampaknya saranan kami tidak diterima,” katanya kepada Harian Metro mengulas konflik membabitkan keluarga sahabat baik mereka, arwah Abam Bocik.

Jelas Achey dia khuatir perkara ini aka memberi kesan kepada anak arwah, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang sedang membesar

“Bukan apa. Kalau kemelut ini berterusan saya takut ia memberi kesan kepada Hamzah apabila dia sudah dewasa nanti. 

“Tapi, saya dan Fad pun ada batasan kerana kami tak boleh terlalu masuk campur memandangkan kami bukanlah ahli keluarga,” katanya. 

Terdahulu Ali Puteh telah memfailkan saman balas terhadap Hidayah yang mengaku dia memindahkan wang dari akaun bank Abam sebanyak RM10,000 selain mengambil empat jam tangan milik arwah sewaktu keluar dari rumah mereka selepa beberapa hari pemergian arwah.

Baca artikel berkaitan di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.