fbpx
Now Reading
Langgar PKPP Kerana Sambut Harijadi Kawan, Ally Mukhriz Minta Maaf

Langgar PKPP Kerana Sambut Harijadi Kawan, Ally Mukhriz Minta Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CEbp2E5h76N/

Baru-baru ini hangat media sosial selepas anak kepada bekas Menteri Besar Kedah , Dato’ Seri  Mukhriz  Mahathir, Ally Mukhriz  ditahan polis kerana telah melanggar SOP PKPP.

Ayahnya, Mukhriz Mahathir kemudiannya mengesahkan yang anak dan menantunya ditahan dan sudahpun dikenakan kompaun RM1,000. Dia bagaimanapun bersetuju mereka dikenakan tindakan atas kesalahan tersebut

Susulan dari itu Ally dikritik hebat oleh netizen sehingga dia memilih untuk menutup kesemua akaun media sosial miliknya.

Terbaru, Ally kembali mengaktifkan instagramnya dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Jelas Ally atau nama betulnya Meera Alyanna Mukhriz, dia mengakui berasa kesal dengan tindakan nya tempoh hari

Mengaku Salah

Jelas Ally, sewaktu hari kejadian dia dan suamin ke sana adalah untuk meraikan hari lahir kenalan mereka.DIa bagaimapaun tidak bernasib baik apabila ditahan kerana melanggar peraturan PKPP.

Menurutnya lagi, dia dan suami sudah pun membayar kompaun tersebut dan turut berterima kasih kepada pihak polis yang menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Sejujurnya saya menyesal”

Jelas Ally lagi dia berjanji akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan menjadi teladan kepada orang lain di masa mendatang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.