Misteri Proton Perdana Bersama Kereta Mewah Dalam Bangunan Terbiar Di UK

Sebuah saluran youtube, Lost Adventures baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas krew mereka menjelajah masuk ke sebuah bangunan terbiar dan tidak berpenghuni di Surrey, United Kingdom.

Dikenali sebagai sebuah pasukan yang sering menjelajah masuk ke bangunan terbengkalai bagi merungkai misteri yang terdapat pada sesebuah bangunan tersebut, pasukan Lost Adventures kali ini telah memasuki bangunan lama dan sudah tidak terurus yang kemudiannya dikenal pasti mempunyai kaitan dengan Bristol Cars Limited, syarikat pengeluar kenderaan di UK yang telah dibubarkan pada Mei lalu.

Namun penemuan Lost Adventures untuk kali ini benar-benar mengejutkan apabila mereka menemui sejumlah prototaip kereta mewah yang bernilai jutaan ringgit di dalam sebuah garaj tersembunyi di bawah tanah bangunan tersebut.

Interior Bristol Bullet yang dilihat masih cantik

Selain dari beberapa model kereta klasik yang tidak dikenal pasti, terdapat juga sebuah jentera lama Formula 1, dan beberapa kereta mewah terkenal yang tersimpan di sana seperti prototaip Bristol Bullet dan Bentley Continental Flying Spur keluaran tahun 2008.

Selain itu, menerusi video tersebut terpadat juga sebuah jentera Bristol Fighter dipercayai keluaran tahun 1982 yang hanya dihasilkan sebanyak 13 unit.

Foto : Lost Adventure

Selain itu mereka menemui model teksi retro Beardmore taxi tahun 1957,yang pernah digunakan di sana pada sekitar tahun tersebut.

Foto : Lost Adventure

Namun lebih mengejutkan apabila terdapat kereta nasional iaitu Proton Perdana 2nd gen yang turut berada bersama kereta- kereta mewah tersebut. Malah ianya juga lengkap dengan no plat Malaysia iaitu VK 5231 yang jelas berbeza jenisnya dari no pendaftaran Eropah dan juga United Kingdom.

Kereta berkenaan jelas masih dalam kondisi yang baik namun diselaputi habuk tebal dan begitu tidak terurus. Namun yang menjadi persoalan orang ramai bagaimana kereta berkenaan boleh berada di sana dan apa puncanya ia berada jauh di sana.

Sebagai rekod Bristol Cars merupakan syarikat pengeluar kereta yang telah di tubuhkan pada tahun 1945 dan difahamkan antara syarikat pengeluar yang masih memasang kenderaan menggunakan tangan dengan kapasiti pekerja seramai 30 orang.

Malah mereka juga banyak melakukan kerja membaikpulih (Restoration) kereta lama sebelum dijual kembali dengan kondisi baru. Penemuan rangka-rangka kereta didalam video berkenaan berkemungkinan rangka kereta terpakai yang patut dibaiki atau dari rangka kereta yang digunakan sebagai alat ganti.

Malah terdapat juga penemuan atau rangka-rangka prototaip kereta yang dilihat seolah tidak sempat disiapkan turut berada disana.

Bristol Cars sebelum ini beroperasi dan beribu pejabat di Kensington High Street London manakala kilang mereka terletak di Brentford sebelum ianya dipindahkan ke Windlesham, Surrey

Namun selepas penularan covid-19 dan perintah lockdown di sana, mereka kemudiannya membubarkan syarikat (liquidation ) dipercayai tidak mampu menanggung kos mentadbir syarikat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago