fbpx
Now Reading
Tanda Persahabatan, Rakyat Palestin Ucap Selamat Hari Merdeka Buat Malaysia (Video)

Tanda Persahabatan, Rakyat Palestin Ucap Selamat Hari Merdeka Buat Malaysia (Video)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat majoriti kita rakyat Malaysia, negara Palestin yang sentiasa bergolak adalah saudara jauh kita. Meskipun jauh apa sahaja yang menimpa nasib mereka menyebabkan jiwa kita juga terseksa.

Buat mereka pula kegembiraan kita adalah satu kebahagian buat mereka. Siapa sangka disebalik kesibukan berperang menentang zionis, beberapa orang penduduk Palestin telah membuat sesuatu yang istimewa bersempena Hari KeBangsaan yang ke-63 Malaysia.

Menerusi Twitter seorang pengguna Twitter,Muslim Imran yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), telah berkongsi satu foto dari udara yang menunjukkan rangkaian ucapan Selamat Hari Merdeka Malaysia yang dihasilkannya di sebuah pantai di percayai Pantai Gaza.

Ucapan tersebut jelas diwarnakan dengan 3 warna yang melambangkan negara kita serta Jalur Gemilang iaitu warna biru merah dan kuning.

Yang menariknya menerusi satu lagi posting dia turut berkongsi pembikinan rangkaian ucapan tersebut yang dihasilkan bersama 5 lagi rakannya dalam bentuk video.

Jelas inisiatif mereka wajar dipuji kerana ianya melibatkan tenaga dan masa dalam menghasilkan foto demikian

Posting yang dimuat naik sehari sebelum sambutan kemerderdekaan negara kita kemudiannya berjaya menarik perhatian netizen yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Ramai yang turut mendoakan agar negara itu suatu hari nanti dapat merasai nikmat bergelar negara merdeka sama seperti yang dikecapi rakyat di negara kita.

Setakaat artikel ini ditulis foto berkenaan sudah mendapat 22,800 tanda suka dan 13,600 komen .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.