Now Reading
Aaron Aziz Luah Rasa Sedih Pusat Tahfiznya Di Robohkan

Aaron Aziz Luah Rasa Sedih Pusat Tahfiznya Di Robohkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CEmhAPQhs9T/

Dalam diam-diam rupanya aktor terkenal Datuk Aaron Aziz rupanya mempunyai sebuah pusat tahfiz di utara tanah air.

Namun siapa sangka perkara ini hanya diketahui penulis selepas perkongsian Aaron yang nyata bersedih selepas pusah tahfiznya yang terletak di Pulau Langkawi sudahpun dirobohkan

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aaron turut berkongsi beberapa foto yang memperlihatkan satu struktur bangunan yang sudahpun dipecahkan dindingnya.

Dia yang nyata kecewa bagaimanapun berharap tiada orang yang bertanya nya apa yang terjadi.

“Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak-anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah

“Please jangan tanya kenapa. Anggap benda yang tak dapat kami kawal. Beyond my control,” tulis Aaron sebagai kapsyennya

Perkongsian itu mendapat perhatian peminat dan rakan selebriti yang berharap dia tabah dan dapat membangunkan kembali tahfiznya. Ramai juga yang turut berharap urusan anak-anak tahfiz yang terlibat turut dipermudahkan.

Dalam pada itu ada juga rakan selebriti yang cuba menyelidik kejadian tersebut namun menerusi komen yang dibalas Aaron seolah dia memilih untuk bercerita secara personal tanpa diketahui publik.

Aaron dikenali antara selebriti tempatan yang kerap membuat kerja amal namun jarang menunjukkannya kepada orang ramai.

Kami doakan urusannya dipermudahkan dan dapat membina kembali pusat tahfiznya .

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.