“Yakinlah Kepayahan Akan Dibalas Kejayaan Berganda”- Instafamous Ini Kongsikan Hikmah Hidup Bermusafir

Ramai pasti mengetahui Islam sangat mengalakkan penganutnya bermusafir. Malah di dalam Al- Quran sendiri terdapat ayat yang menceritakan tentang mengembara.
Secara ringkasnya permusafiran adalah perpindahan daripada satu tempat menuju ke tempat yang lain bagi tujuan tertentu dan ramai mengaitkannya untuk mencari rezeki atau peluang mendapatkan kerja di tempat baru.
Namun boleh dikatakan rata-rata mereka yang bergelar musafir yang sanggup merantau jauh demi medapatkan rezeki adalah mereka yang mencuba nasib selepas ‘jatuh’ dan pastinya mereka ini kekurangan serba serbi.
Namun perkongsian dari sosial influencer dan penyanyi, Taleeb Mizad di laman sosial mengingatkan orang ramai terutama golongan musafir bahawa mereka tidak berseorangan malah status mereka diangkat tinggi dimana doa mereka ketika itu adalah maqbul.
Jelas Taleeb, waktu bermusafir, manusia pasti melalui detik kesusahan & keletihan. Namun mereka seharusnya menggunakan kelebihan yang mereka miliki dengan menadah tangan dan berdoa apatah lagi doa adalah senjata seorang mukmin.
Doa adalah senjata mukmin & doa orang bermusafir ini maqbul.Waktu bermusafir,kita melalui detik kesusahan & keletihan maka berdoalah selalu.Byk keringanan dlm ibadah yg diberi pd kita waktu bermusafir.Yakinlah bahawa segala kepayahan kita akan dibalas dgn kejayaan berganda💙
— Taleeb Mizad™ (@taleebmizad) September 1, 2020
Waktu kita bermusafir dgn tujuan baik seperti menuntut ilmu, berukhwah & silaturahim,cari rezeki, ditambah lagi waktu hujan.Tak rasa doa kita akan jadi sangat mustajab?Yakinlah doa itu senjata mukmin.Perjalanan bermusafir mudah, ianya meletihkan & menyukarkan.
— Taleeb Mizad™ (@taleebmizad) September 1, 2020
Semua nasihat ini diberikan atas pengalaman lalunya dimana dia sendiri pernah hidup bermusafir dan berkelana di tempat orang selepas pemergian ayahnya apatah lagi terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana.
Menurut Taleeb lagi, sewaktu di awal fasa perkahwinannya dia masih lagi meneruskan kehidupan bermusafir dengan mengembara ke mana-mana dengan menaiki motosikal dan bas seperti yang pernah tular di media sosial suatu ketika dahulu.

Hingga pd awal perkahwinan pun sy byk lalui fasa musafir bersama Isteri & anak & kini berhasil segala usaha,kesabaran & DOA kami waktu bermusafir.Byk keringanan Allah berikan pd kita waktu musafir.Dulu naik bas,naik skuter,naik kereta sewa & akhirnya kini kami ada kereta sendiri.
— Taleeb Mizad™ (@taleebmizad) September 1, 2020
Dia yang bersyukur rezekinya kini semakin bertambah hingga mampu memiliki kereta sendiri menjelaskan semua ini hasil usaha kerasnya bersama isteri , serta kesabaran mereka dalam menempuhi fasa awal perkahwinan dan yang paling utama, berkat doa mereka sewaktu bermusafir.
Tambah pelantun suara lagu Restu Cinta itu lagi, antara faktor lain rezeki dan kejayaan itu juga hadir kerana keutamaan yang diberikannya kepada anak dan isteri serta bakti yang ditaburkan kepada orang tua kita.
Tambah lagi bila kita berbuat baik pd isteri, anak-anak kita, bahagiakan mereka semua, semua tu pasti dibalas dgn ‘kemanisan’ rezeki & kejayaan. Rezeki kita semua tetap akan ada, sama ada cepat atau lambat. Tambah lagi bila kita berbakti pd org tua kita, rezeki kita bertambah✨
— Taleeb Mizad™ (@taleebmizad) September 1, 2020
Malah dia jua bersyukur apabila dapat mengharungi saat getir di musim Covid-19 malah berhasil mendapatkan reward dari peniagaan yang diusahakannya bersama isteri tercinta.
Semua ni kami buat waktu PKP & bantu side income pd kami terutama waktu pandemik yg ramai kehilangan pekerjaan & income.
— Taleeb Mizad™ (@taleebmizad) September 1, 2020
Kami cuma nak kongsikan & mungkin dpt bantu kalian semua. Nanti bole kita jumpa kalau nk tahu💙
Congrats partners #TM #SLT #ANM #TVG