fbpx
Now Reading
Mira Filzah & Wan Emir Bernikah Malam Ini

Mira Filzah & Wan Emir Bernikah Malam Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas sekian lama membiarkan peminat dan orang ramai berteka teki, aktres cantik Mira Filzah akhirnya mengesahkan yang dia bakal melangsungkan pernikahan dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, seorang arkitek yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (tugas-tugas khas) Datin Mastura Mohd Yazid di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, malam ini

Difahmakan majlis pernikahan yang dinantikan ramai ini bakal disiarkan secara ekslusif oleh Mbuzz di siaran TV3 pada jam 9 malam selama hampir 10 minit.

Ia juga akan disiarkan secara langsung di akaun Youtue TV3 bermula dari jam 830 malam ini.

Mira pada April lalu telah mengesahkan status dirinya yang sudah pun berpunya malah menurutnya kedua-dua keluarga telah pun bertemu bagi membincangkan mengenai hubungan mereka.

Memetik Laporan BH! keluarga Emir pada Disember lalu telah menghantar rombongan bagi merisik aktres cantik ini untuk dijadikan suri hidupnya.

Jelas Mira sukar untuk menjelaskan kenapa apa keistimewaan Emir namun dia selesa dengan kebaikan tunangnya itu.

“Jika hendak diterangkan apakah keistimewaan yang membuatkan hati saya terpaut kepadanya, sukar untuk dijelaskan. Namun, apa boleh saya katakan, dia lelaki yang baik.

“Sejak pertemuan pertama, saya selesa dan serasi dengannya,” kata Mira kepada BH

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.