fbpx
Now Reading
“Saya Mengaku Itu Anak Saya” – Nora Buka Mulut Isu Video Tular

“Saya Mengaku Itu Anak Saya” – Nora Buka Mulut Isu Video Tular

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, tular satu klip video mirip anak gadis kepada penyanyi Nora Ariffin yang dilihat bercumbu dengan seorang remaja di laman media sosial.

Itu ini kemudiannya terus menjadi berita panas media sosial dan akhirnya sampai ke pengetahuan Nora.

Terbaru penyanyi itu menerusi satu posting di Instagram mengakui gadis yang tular di dalam video tersebut adalah anak perempuannya

Agak terkilan dengan perkara tersebut Nora menjelaskan yang dia telah pun melakukan yang terbaik untuk mendidik anak-anaknya ke jalan yang betul.

“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan. I admit, it is her…………………

“Sebagai seorang ibu kami telah cuba sedaya upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik, serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.

“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.

“Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” tulisnya sebagai kapsyen

Selain itu dia juga berharap anak gadisnya itu akan mengambil iktibar atas apa yang terjadi dan belajar daripada kesilapan yang dilakukannya serta menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.

Tambah Nora lagi dia memohon orang ramai agar memberikannya ruang untuk menyelesaikan perkara terebut dan turut memohon doa orang ramai agar mendoakan yang baik untuk dia sekeluarga.

“Saya berdoa semoga dia belajar daripada kesilapannya, menjadi manusia yang lebih baik serta maju dan melupakan apa yang sudah terjadi insha-Allah.

“Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan pada masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” katanya lagi.

Dalam pada itu, anak gadis nya itu juga ada memuat naik kenyataan di Twitter menjelaskan situasi sebenar dimana dia difahamkan telah dipaksa.

“Saya dipaksa. Dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang dan cuba mengelak. Selepas ia berlaku saya duduk diam kerana saya malu dan tak tahu nak buat apa. Saya tak sanggup nak tumbuk dia, tapi saya marah dia selepas video itu dan kami sudah putus,” jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.