Now Reading
“Jujurnya Saya Kecewa” – Didakwa Tiada Peperiksaan Ketika Rakam Video, Veveonah Mosibin Buka Mulut

“Jujurnya Saya Kecewa” – Didakwa Tiada Peperiksaan Ketika Rakam Video, Veveonah Mosibin Buka Mulut

https://www.facebook.com/veveonah.mosibin/posts/171565737796709?xts%5B0%5D=68.ARDS3MO_UsBRisWxqOJ0naI8PgZ5AYiG2HM36aDH3_jxtE98F3k5ozOnN4-qdSaBe6GaA3dkmz0ARTFflNQJXUGIKwn8agi9EU6btck-3dF2miInB4ajQ9IvWUbFzN7qKmN3vZeuNjbzserA22Try0d-lk_q1oolC94ZaNMtkYkkcFslj1sqCPQmhDKF9N7qphZk4Wma6Q4PLoj0BdbvONS7wrS842a2OjMRvngFU0UjfjBQ9Er6CD6nJcyctVoWTykpgBIhcTsAFHYhD9PxEowETiATJODVT5zbXBx_4FkM61Y4fwy3DBVBzbw4XhvBbkL9sB1f2rnlDIM_FsM&tn=-R

Sejak semalam nama mahasiswi UMS yang juga seorang YouTuber, Veveonah Mosibin hangat diperkatakan selepas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sewaktu di Dewan Negara mendakwa hasil siasatan oleh pihaknya mendapati gadis itu sewaktu merakam video Youtube tidak menduduki sebarang peperiksaan.

Kenyataan Datuk Zahidi bagaimanapun disangkal banyak pihak terutama rakan seuniversiti Veveonah yang menjelaskan mereka sememangnya mempunyai peperiksaan sewaktu hari tersebut

Timbalan Menteri itu kemudiannya menerusi satu posting di Facebook tampil membuat permohonan maaf kepada Veveonah.

Jelasnya, dia telah mendapat maklumat yang kurang tepat mengenai perkara berkenaan justeru ingin membetulkan kenyataannya. Dalam pada itu Zahidi juga berjanji akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.

Terbaru Veveonah menerusi satu posting di Facebook telah meluahkan rasa kecewanya berhubung perkara tersebut.

Menurutnya dia agak kecewa sedangkan dia telah berusaha keras untuk menjawab peperiksaan yang diadakan secara atas talian tersebut memandangkan negara ketika itu sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Malah dia sendiri tidak menyangkakan video nya menduduki peperiksaan itu akan menjadi viral dan mendapat liputan meluas.

Namun kali ini namanya sekali lagi menjadi sebutan namun dalam kondisi yang kurang menyenangkan sehingga dia tidak tahu caranya untuk berdepan dengan komen negatif segelintir netizen di media sosial

“Sejujurnya saya begitu kecewa. Saya berusaha keras untuk peperiksaan beberapa bulan lalu.

“Saya tak sangka video itu viral, namun kali ini saya viral lagi tapi dalam kesan yang tidak baik.

“Saya tak tahu nak berdepan dengan komen negatif di media sosial. Menyakitkan.

See Also

Dalam pada itu Veveonah berkata dia tidak menyimpan dendam terhadap kepada orang ramai yang telah memberi komen berbaur penghinaan namun dia perlu mempertahankan dirinya.

“Saya maafkan apa sahaja kesalahan orang ramai terhadap saya, tapi saya perlu berlaku adil juga pada diri sendiri. 

“Terima kasih kepada mereka yang masih sokong,” katanya.

Baca artikel berkaitan :

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.