fbpx
Now Reading
Selepas Nenek, Kini Daler Yusof Kehilangan Ayahnya Juga Akibat Covid-19

Selepas Nenek, Kini Daler Yusof Kehilangan Ayahnya Juga Akibat Covid-19

Semoga bertabah Daler Yusof

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CEqzWdMJB4G/

Jika sebelum ini pelakon Daler Yusof dilaporkan kehilangan neneknya akibat jangkitan Covid-19 di Uzbekistan, kini dia diuji lebih hebat apabila ayahnya, Dusmat Hamroyev pula meninggal dunia akibat pandemik yang sama di sana.

Perkara berkenaan dikongsikan Daler Yusof di laman Instagramnya. Dia yang berkongsikan foto ayahnya menerusi posting sama turut mengakui tahun 2020 merupakan tahun yang paling sukar untuknya.

Jelas aktor kacukan Melayu – Uzbekistan itu lagi, banyak dan perancangan ayahnya yang belum kesampaian namun Allah lebih menyayangni .

Dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar dia dan keluarga kuat menempuhi ujian .

“Banyak hajat dia dan cita cita dia yang belum kesampaian , tapi saya yakin Allah lebih menyayanginya., semoga Allah merahmatinya dan semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

Minta semua doakan Daler dan keluarga kuat. Amin ya Allah swt,” tulisnya di ruangan kapsyen

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut serta peminat mendoakan agar pelakon berusia 27 tahun ini kuat menghadapi ujian kuat tersebut.

Kami di Buzzkini juga mendoakan agar Daler terus tabah dalam menghadapi dugaaan ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.