fbpx
Now Reading
Tak Tahan Panas, Wanita Buka Pintu Kecemasan & Berlegar Di Sayap Pesawat [Video]

Tak Tahan Panas, Wanita Buka Pintu Kecemasan & Berlegar Di Sayap Pesawat [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CEkEaFmpZam/

Seorang wanita mencetuskan kekecohan di Lapangan Terbang Boryspil Airport Kiev, Ukraine apabila dia ditangkap kerana membuka pintu kecemasan sebelum keluar dan berlegar-legar di atas kawasan sayap pesawat tersebut

Yang mengejutkan dia yang merupakan penumpang pesawat Ukraine International Airlines yang baru tiba dari Turki itu menggunakan alasan tidak masuk akal iaitu terlalu panas dan ingin mendapatkan angin yang segar.

Menurut saksi, tindakannya itu turut mengejutkan kedua anaknya yang turut serta didalam penerbagan berkenaan.

” Pesawat ketika itu baru mendarat dan hampir kesemua penumpang sudah pun turun.

“Dia yang berjalan dari hujung pesawat kemudiannya terus ke lalun pintu kecemasan sebelum membuka dan keluar dari situ.

“Pada waktu itu dua anaknya juga sudah berada di luar dan berdiri bersebelahan saya. Mereka juga terkejut dan berkata ‘ Itu ibu saya’ ” kata saksi berkenaan.

Ekoran dari itu pasukan kecemasan, polis dan pegawai imigresen telah dihubungi kerana khuatir wanita itu melakukan perkara tidak sepatutnya.

Dia bagaimanapun kemudiannya masuk semula kedalam pesawat sebelum diminta memberi penjelasan kepada pihak polis.

Susulan dari kejadian itu , dia kini telah dilarang untuk menaiki mana-mana penerbangan Ukraine International Airlines lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.