fbpx
Now Reading
Ujian Berjaya, Syarikat Jepun Bakal Hasilkan Kereta Terbang [Video]

Ujian Berjaya, Syarikat Jepun Bakal Hasilkan Kereta Terbang [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

20 tahun dahulu, sebut sahaja tahun 2020 ramai yang sudah terbayangkan rumah canggih, masyarakat yang maju, dunia penuh robot dan yang paling utama, kereta terbang.

Namun selepas beberapa bulan di tahun 2020, semua itu nampaknya belum pun menjadi kenyataan malah satu kereta terbang pun tidak kelihatan.

Namun siapa menyangka impian orang ramai itu sudahpun menjadi realiti apabila sebuah syarikat teknologi kejuruteraan di Jepun sudahpun berjaya didalam ujian kereta terbang mereka.

SkyDrive yang beribu pejabat di Shinjuku, Tokyo ini bukan hanya berjaya mengapungkan prototaip kereta terbang mereka malah ianya berjaya diterbangkan dan berlegar-legar di udara dengan seorang pemandu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)SkyDrive, Tomohiro Fukuzawa, dalam satu kenyataan berkata, jentera yang berukuran dua buah kereta itu juga berjaya mengelilingi tapak ujian.

“Kami mahu meyakinkan masyarakat bahawa kereta terbang bukan mustahil dan amat relevan dalam dunia moden.

“Dalam lebih 100 projek kereta terbang yang cuba dihasilkan di seluruh dunia, hanya satu saja yang berjaya diangkat ke udara dengan seorang pemandu,” katanya.

Memetik laporan BH, ianya menggunakan Evtol iaitu kaedah berlepas dan mendarat secara menegak untuk terbang. Kaedah ini dilihat akan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang atau jalan raya pada masa hadapan

SkydDrive juga berharap kereta terbang tersebut akan mula berada dipasaran pada tahun 2023 dengan harga yang dijangkakan mencecah USD $300,000 (RM1.2 Juta)

ERA pula melaporkan kereta terbang itu setakat ini pula menyatakan setakat ini hanya mampu bertahan selama 30 minit di udara.

Apa -apa pun sebelum ianya mula dipasarakkan kepada orang ramai, banyak lagi perkara dan isu yang perlu dipertimbangkan antarana trafik udara, parkir dan stesen kuasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.