fbpx
Now Reading
Ini Cara Mudah Untuk Pastikan Berita Yang Anda Terima Benar & Sahih

Ini Cara Mudah Untuk Pastikan Berita Yang Anda Terima Benar & Sahih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkembangan dunia digital tidak dinafikan banyak memberikan kebaikan kepada manusia. Apa sahaja yang anda mahu dan perlukan kini berada di hujung jari.

Baik dari segi urus niaga, telekomunikasi malahan info dan berita semasa semuanya boleh diakes dengan lebih mudah dan berkesan.

Namun ianya mempunyai cabaran tersendiri memandangkan tidak semua orang mampu menapis dan membezakan maklumat yang diterima sama ada ianya sahih ataupun hanyalah satu info palsu.

Lebih memburukkan keadaan apabila mereka kemudiannya bertindak mengongsikan perkara tersebut tanpa menyemak kesahihannya terlebih dahulu.

Persoalannya bagaimana perkara ini terjadi dan bagaimana mengelakkan diri dari terpedaya dengan berita palsu ini?

Secara dasarnya berita palsu adalah suatu pembohongan, perkara tidak benar dan berbeza dari fakta asal yang pastinya disebarkan dengan niat tidak baik.

Jika dahulunya ia disebarkan daripada mulut ke mulut , kini ianya lebih mudah bertebaran dengan adanya pelbagai saluran digital seperti laman sosial, portal mahupun aplikasi perbualan.

Sebagai contoh pada 2019, tular di aplikasi Whatsapp satu dakwaan yang menyatakan ‘Ikea Meatball’ adalah tidak halal. Penularan berita tidak benar ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Ikea yang kemudiannya tampil membuat kenyataan penafian dan menjelaskan perkara yang sebenar.

Kes kedua yang popular pula adalah membabitkan satu jenama susu formula iaitu Dugro yang didakwa menyebabkan cirit-birit. Dakwaan ini juga agak membingungkan memandangkan ianya tular di sebuah laman Facebook malah telah dikongsikan berulang kali oleh pengendali laman berkenaan.

 Justeru langkah terbaik menghantikan perkara sebegini adalah dengan mendidik masyarakat agar mampu mengenalpasti status kebenaran sesuatu maklumat tersebut.

Jadi apakah caranya?

Mudah sahaja, dalam hal ini sebagai pengguna apa yang perlu anda lakukan hanyalah mempraktikkan tiga langkah ini yang dikenali sebagai SCS (Source, Credibility , Search)

#1 Source (Sumber)

Langkah pertama adalah melihat kepada sumber info tersebut. Tidak kira dari mana sahaja anda mendapat maklumat tersebut baik dari laman sosial, aplikasi perbualan mahupun laman portal, rujuk pada pautan link yang terletak  disitu.

Jika ianya dipetik dari laman berita arus perdana peluang untuk anda mendapat berita palsu adalah agak rendah, namun jika maklumat tersebut dari laman yang kurang dikenali mungkin anda patut merujuk dari sumber yang berbeza.

#2 Credibility (Kredibiliti)

Langkah kedua yang perlu anda  lakukan adalah dengan menyemak kredibiliti kandungan.  Setiap bidang dan perkara pasti ada pakarnya bukan?

Justeru jika kandungan atau info tersebut telah pun dirujuk terlebih dahulu kepada pakarnya, kami yakin tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

#3 Search (Carian)

Jika anda masih buntu, langkah ketiga yang patut anda ikuti adalah dengan salin dan tampal (copy and paste) ayat atau mesej yang anda terima itu di enjin carian seperti google.

Mudah bukan?

Untuk maklumat dan penerangan yang lebih lanjut tonton video di bawah :

Jangan Mudah Terperdaya

Kebanyakan anda pasti menyedarinya kewujudannya, namun tak semua yang tahu cara menyemak adakah mesej whatsapp yang diterima atau info yang tular di media sosial adalah benar atau sebaliknya.Jadi kami bertemu dengan beberapa pakar untuk mendalami subjek ini.

Posted by BuzzKini on Friday, September 4, 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.