fbpx
Now Reading
“Saya Amat Menyesal”- Remaja Lelaki Mohon Maaf Kepada Nora Sekeluarga Selepas Tular Video Bercumbu

“Saya Amat Menyesal”- Remaja Lelaki Mohon Maaf Kepada Nora Sekeluarga Selepas Tular Video Bercumbu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hebat dikecam susulan tindakannya mencium dan merakam anak perempuan penyanyi, Nora, Putri Nor Dahlia sehinga tertularnya video tersebut remaja lelaki berkenaan hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka

Menerusi Twitter remaja tersebut merakam dan memuat naik video permohonaaf maaf tersebut yang berdurasi 1 minit 2 saat dan mengakui bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Assalamualaikum. Saya ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Puan Nora dan juga ahli keluarga saya.

“Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak Puan Nora iaitu Putri (Putri Nor Dahlia) untuk dijadikan ‘viral’ (tular),” katanya.

Menerusi video tersebut dia turut meluahkan rasa kesal diatas tindakannya tempoh hari dan memohon netizen agar berhenti dari menularkan video tersebut.

“Saya juga amat menyesali apa yang saya lakukan terhadapnya. Saya ingin meminta jasa baik warganet untuk hentikan penularan video itu.

“Akhir kata, saya ingin memohon maaf atas penularan video itu,” katanya.

Terdahulu anak sulung Nora, Mohd Syakir berkongsi kepada orang ramai yang keluarganya bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya bercumbu dengan remaja lelaki itu, ke muka pengadilan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.