fbpx
Now Reading
Peguam Nafi Hidayah Abam Ada Fail Saman Terhadap Ibu Mentuanya

Peguam Nafi Hidayah Abam Ada Fail Saman Terhadap Ibu Mentuanya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peguam kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Ali iatu Mohamed Ibrahim Mohamad menafikan Hidayah ada memfailkan saman terhadap ibu arwah, Sabariah Arshad seperti yang didakwa pelawak Ali Puteh.

Memetik laporan Astro Gempak sebaliknya ibu mentuanya itu yang telah memfailkan saman terhadap Hidayah pada bulan Julai lalu.

“Kami tidak pernah pada bila-bila masa telah menyaman ibu kepada Syed Ali Mubarak.

Bagaimanapun, anak guam kami ada menerima saman sivil daripada Sabariah pada Julai lalu yang menuntut ganti rugi am dan juga injuksi untuk menghalang Hidayah daripada memberi sebarang kenyataan,” katanya kepada Gempak.

Perkara itu dikongsikan Mohamed Ibrahim dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah pada satu sidang media tergempar yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

Namun begitu, Ibrahim menjelaskan Hidayah sememangnya ada membuat tuntutan sebanyak RM900,000 seperti yang dinyatakan Ali Puteh baru-baru ini.

Mereka bagaimanapun memilih tidak bercerita secara terperinci mengenai tuntutan tersebut memangkan kes ini masih lagi dalam prosiding.

Dalam pada itu peguam syariah, Fadhlina Datuk Siddiq dari  Fadhlina Siddiq & Associates yang turut hadir pada sidang media tersebut mengakui pihaknya ada menyenaraikan nama ibu Arwah Abam berhubung tuntutan isu faraid dan hak jagaan anak.

“Pihak kami menerusi mahkamah syariah ada menyebut nama ibunya untuk pengesahan tuntutan faraid dan sebagainya.

“Untuk mahkamah syariah tak timbul isu saman mana-mana pihak selain hanya untuk sahkan waris berhak,” katanya lagi kepada portal Gempak.

Terdahulu Ali menerusi laporan media mengakui ada memfailkan terhadap kakak iparnya itu sebagai membalas saman yang dikeluarkan terhadapnya terlebih dahulu

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.