fbpx
Now Reading
Penguatkuasa MBJB Tangkap Peragut Terima Penghargaan

Penguatkuasa MBJB Tangkap Peragut Terima Penghargaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/ahbengahlianmalaysia/videos/726165294901107/

Pembantu Penguatkuasa yang menjadi bualan mulut dan diangkat sebagai Hero oleh netizen susulan dari keberaniannya memberkas peragut baru-baru ini difahamkan telah menerima penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Memetik laman FB Johor Times, Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan tawaran jawatan Pembantu Kesihatan Awam (tetap) U19 di MBJB .

Lebih manis apabila penghargaan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad sempena lawatan beliau ke pejabat baharu MBJB, di sini hari ini.

Terdahulu tular video yang memperlihatkan aks pantas Shazrin yang berlari meluru sebelum menerkam seorang peragut yang baru sahaja meragut seorang wanita di Taman Mount Austin, Johor Bahru .

Dia dengan bantuan orang ramai kemudiannya berjaya memberkas peragut tersebut sebelum diserahkan kepada polis.

Susulan dari tindakan beraninya itu masyarakat serata Malaysia terutamanya penduduk Johor mengangkatnya sebagai hero. Mereka bukan sahaja mula menyokong kedai burgernya malah ada yang turut menghadiahkannya seutas jam berjenama kepada Shazrin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.