fbpx
Now Reading
Polis Akan Siasat Dakwaan Anggota Tentera Maut Dipercayai Dibuli

Polis Akan Siasat Dakwaan Anggota Tentera Maut Dipercayai Dibuli

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia baru-baru ini digemparkan apabila seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai jatuh daripada tingkat tiga sebuah bangunan di Kem Tentera di Batu Pahat.

Menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai memaklumkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

“Pada 6 September, polis dimaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia di Wad ICU hospital berkenaan pada 2.30 petang.

“Urusan bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau lagi  pihak polis akan membuat siasatan lanjut berikutan terdapat dakwaan di media sosial yang menyatakan mangsa berkemungkinan dibuli dan di dera di dalam kem.

Individu terbabit, Adin Rashid yang mendakwa dia merupakan kenalan kepada mangsa , iaitu Pvt Abdul Aziz Bin Aznam turut memohon pihak berkuasa termasuk PDRM dan ATM untuk menjalankan siasatan seadil-adilnya

Tambahhnya Abdul Aziz dilaporkan sudah tidak hadir bertugas sejak enam bulan lalu sebelum diarahkan lapor diri ke kem tersebut pada 28 Ogos lalu.

Namun tidak sampai sehari pulang ke kem, kenalan dan keluarga mereka mereka dikejutkan dengan berita yang mangsa koma dan telah dimasukkan ke hospital akibat terjatuh dari tingat 3 sebuah bangunan di dalam kem tersebut.

Namun pada 6 September mereka telah mendapat makluman yang Abdul Aziz telah meninggal dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.