fbpx
Now Reading
Ini Kisah Di Sebalik Video Tular Gadis Cantik Berbaju Penjara Di Media Sosial, Sadis!

Ini Kisah Di Sebalik Video Tular Gadis Cantik Berbaju Penjara Di Media Sosial, Sadis!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, tular satu video di media sosial memperlihatkan seorang gadis cantik yang lengkap berpakaian penjara berwarna oren sedang tersenyum dengan tangan bergari sedang melangkah masuk ke dalam mahkamah.

Video tersebut yang turut diiringi muzik latar nyanyian Ava Maxx iaitu Sweet But Psycho begitu memanggil-manggil sesiapa sahaja untuk mengetahui siapakah gerangan gadis tersebut.

Gadis ini adalah Isabella Guzman, seorang gadis yang berasal dari bandar Aurora, Colorado, Amerika Syarikat.

Namun jangan tertipu dengan penampilan, senyuman dan rupa parasnya yang cantik.

Kisahnya pernah menjadi tajuk utama di portal berita dan akhbar-akhbar di dunia barat 7 tahun lalu kerana terlibat dalam satu pembunuhan yang tragis.

Tikam ibunya 79 kali

Lebih memilukan kerana mangsa dalam insiden berkenaan adalah ibu kandungnya sendiri, Yun Mi Hoy, 47 tahun. Kematian ibunya juga disifatkan sadis di mana dia telah ditikam oleh Isabella sebanyak 79 kali di bahagian muka dan leher.

Tindakan kejamnya pada malam 28 Ogos 2013 itu bagaimanapun hanya disedari oleh bapa tirinya, Ryan Hoy selepas melihat limpahan darah yang keluar dari bilik air di tingkat atas rumahnya.

Jelas Ryan, dia terus menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan. Bagaimanapun sewaktu sedang berkomunikasi bersama operator kecemasan, pintu bilik air berkenaan dibuka dan Isabella kemudiannya keluar, sambil memegang sebilah pisau.

Gadis itu bagaimanapun tidak mengendahkannya malah berlalu pergi tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata.

Ryan yang masih sedang didalam talian bersama operator kecemasan kemudiannya cuba menyelamatkan Yun yang sudah nyawa-nyawa ikan. Namun jauh didalam hatinya dia seakan sudah pasti yang isterinya sudah pun tiada.

Polis kemudiannya bergegas ke rumahnya sebelum mengesahkan ibu Isabella sudahpun mati di tempat kejadian, dengan badannya terbaring di lantai bersebelahan sebatang kayu besbol.

Autopsi yang dijalankan pihak polis kemudiannya mendapati ibunya mati selepas ditikam 31 kali di muka dan 48 kali di leher.

Polis kemudiannya berjaya menahan Isabella keesokan harinya selepas dia ditemui di sebuah parkir di East Hampden Avenue.

Isabella sewaktu berjaya di tahan disebuah parkir Foto : TheDenverChannel.com

Senyuman menakutkan

Lebih mengerikan pengamal media dan orang ramai apabila Isabella sewaktu di awal perbicaraan kerap dilihat tersenyum malah beberapa kali berinteraksi dengan kamera dengan membuat mimik dan tanda ‘peace’ sedangkan dia ketika itu sedang berdepan dakwaan membunuh ibunya dengan kejam.

Kelakuannya itu membuatkan ramai orang kecut perut mengenangkan karakter sebenarnya yang disifatkan berbeza dari apa yang dilihat di hadapan media.

Ayah kandungnya, Robert Guzman sewaktu ditemuramah media turut menyatakan dia beberapa jam sebelum kejadian ada turun dan bertemu Isabella di hadapan rumah dan menasihatinya agar patuh kepada ibu dan bapa tirinya yang menjaganya dan menghormati status mereka sebagai ibu bapa

“Saya cuba menasihatinya untuk taat kepada ibu bapa, tidak memberontak dan cuba mendengar segala arahan mereka. Semuanya kelihatan lancar pada pandangan saya namun sebaliknya pula berlaku kerana selepas beberapa jam, perkara ini (pembunuhan) pula terjadi”

Rober Guzman, ayah kandung Isabella Guzman

Ugut dan ludah pada ibunya

Isabella juga sehari sebelum kejadian didapati telah menghantar emel yang berbentuk ugutan kepada ibunya dengan menggunakan kata-kata ‘You will pay!’ Tidak berhenti di situ, dia pada hari yang sama turut meludah ke muka ibunya.

Terlepas selepas mengaku mental

Namun siapa sangka setahun selepas itu, gadis ini dilepaskan dan didapati tidak bersalah selepas membuat perakuan gila (insanity plea) sedangkan sebelum itu mahkamah sudahpun mempunyai semua bukti untuk menghukumnya.

Dia di mahkamah kerap dilihat tersenyum membuatkan ramai orang kecut perut melihatnya

Hasil keputusan analisa kesihatan mental yang dijalankan kemudiannya mengesahkan Isabella memang mengalami masalah mental.

Doktor yang memeriksanya Dr. Richard Pounds memaklumkam Isabella sebenarnya menghidap Paranoid schizophrenia, satu penyakit yang menimbulkan rasa curiga seolah penghidapnya akan diapa-apakan oleh orang sekeliling.

“Terdapat petanda yang dia mengalami halusinasi. Dia kerap merenung ke langit, bercakap dengan orang yang tidak wujud, dan kadangkala ketawa sendirian” jelas Dr Pounds.

Mahkamah kemudiannya menghantar Isabella ke Colorado Mental Health Institute of Pueblo dan menjalani hukuman di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.