fbpx
Now Reading
Jangan Terlepas Pandang, Ini 6 Benda Yang Lebih Kotor Dari Mangkuk Tandas

Jangan Terlepas Pandang, Ini 6 Benda Yang Lebih Kotor Dari Mangkuk Tandas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tempat kotor, pasti dalam kepala semua orang akan terbayangkan tandas bukan .

Apatah lagi dengan keadannya yang sentiasa basah, tandas terutamanya mangkuk tandas tidak dinafikan menjadi sarang pembiakan bakteria

Namun tahukah anda? kajian yang dilakukan para saintis sebenarnya mendapati terdapat banyak lagi benda lain yang selalu digunakan manusia yang lebih kotor dari mangkuk tandas.

Lebih mengejutkan kesemua alatan benda tersebut kerap kali digunakan manusia sehingga kita terleka dan mengandaikannya bersih dari sebarang kuman dan bakteria.

Jadi di bawah kami kongsikan beberapa benda tersebut sebagai rujukan anda :

#1 Telefon bimbit

Pada tahun 2013, sekumpulan penyelidik telah memeriksa 30 peranti mudah alih dan membandingkannya dengan tempat duduk tandas. Percaya atau tidak hasil dari penelitian mendapati telefon mempunyai 600 unit bakteria dikenali staphylococcus (staph: boleh menyebabkan jangkitan kulit) sedangkan tempat duduk tandas hanya memiliki kurang daripada 20 unit bakteria.

#2 Pili paip

Jangan tak percaya. Pili aip air yang terdapat dalam bilik mandi dan tandas sebenarnya memiliki 21 kali ganda lebih banyak kuman berbanding mangkuk tandas.

Dan yang lebih memerankatkan pili paip di dapur anda pula sebenarnya mempunyai 44 kali ganda bakteria dan kuman berbanding mangkuk tandas. Ngeri bukan?

#3 Berus Gigi

Pakar Mikrobiologi Universiti New York, Dr Philip Tierno mendapati berus gigi yang diletakkan ditempat terbuka di dalam bilik air, sebenarnya berisiko dipenuhi kuman.

Ini kerana, sewaktu anda mengepam tandas, semburan air yang mengandungi kotoran boleh tersebar sejauh enam meter. Hmm. Adakah jarak diantara berus gigi anda dan mangkuk tandas lebih dari 6 meter? Agak mustahil bukan? Haha

Jadi cara untuk mengelakkannya? Mudah sahaja. Simpan ia di tempat tertutup atau sekurang-kurangnya tutup bahagian berus nya.

#4 Beg tangan

Buat kaum wanita sila ambil perhatian, Jika selama ini anda merasakan beg tangan selamat dari kuman dan bakteria anda sebenarnya tersilap.

Hasil kajian yang dilakukan sekumpulan penyelidik terhadap 25 beg tangan mendapati ianya 3x lebih kotor berbanding mangkuk tandas.

Bukan itu sahaja permukaan tali pada beg tangan didapati 10 kali ganda lebih kotor.

#5 Butang lif

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto mendapati permukaan tombol lif mengandungi lebih banyak bakteria berbanding mangkuk tandas.

Satu kajian berbeza yang dilakukan di Arab Saudi pula mendapati bahawa 97 peratus butang lif tercemar dengan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

#6 Karpet

Antara benda yang sememangnya kita terlepas pandang. Apatah lagi permukaan karpet sering ‘kemas’ dan di bersihkan menggunakan vacum. Namun semua itu tidak mencukupi.

Malah anda pasti terkejut jika kami katakan terdapat 200,000 jenis bakteria bagi setiap persegi. Jadi bayangan berapa banyak bakteria dan kuman yang terdapat pada karpet anda?

Jadi, segeralah mencuci karpet tersebut atau sekurang-kurang melakukan disinfeksi bagi memastikan ianya bebas dari sebarang kotoran.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.