fbpx
Now Reading
Selepas Proton Saga, Tular Kanak-kanak Bawak Bawa Lori Tangki

Selepas Proton Saga, Tular Kanak-kanak Bawak Bawa Lori Tangki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/658532644869661/

Sejak semalam heboh diperkatakan di media sosial mengenai seorang kanak-kanak berumur 9 tahun yang memandu kereta Proton Saga berseorangan.

Susulan dari itu itu pihak polis kemudiannya mengesan bapa kanak-kanak tersebut yang kemudian dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan kenderaannya dipandu oleh pemandu bawah umur.

Terbaru tular pula sebuah video yang memperlihatkan seorang lagi kanak-kanak bawah umur memandu lori tangki yang dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan.

Video berdurasi 1:18 yang dimuat naik di Facebook itu turut memperlihatkan kanak-kanak berkenaan memarkir jentera berat tersebut umpama seorang pemandu terlatih.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim memaklumkan video berkenaan pada mula tular di aplikasi WhatsApp pada petang semalam,

Sehubungan itu, pihak polis kini sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini.

“Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.