fbpx

Penyokong Teori Flat Earth Ditahan Kerana Cuba Berlayar Ke ‘Hujung Dunia’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susah sebenarnya untuk meyakinkan penyokong teori bumi rata ini bahawasanya bumi ini sebenarnya berbentuk sfera.

Pelbagai pendedahan dan penerangan sudah diterangkan oleh ahli fizik dan saintis malahan angkasan, namun golongan mereka masih kekal dengan teori tersendiri yang menyatakan bumi ini adalah berbentuk datar.

Terbaru dalam membuktikan ‘perjuangan’ golongan mereka adalah benar, dua orang penyokong teori bumi rata dari Venetia, Itali nekad untuk berlayar ke Pulau Lampedusa, yang terletak di Selatan Daerah Sicily, Itali.

Foto sekadar hiasan Foto : INVerse

Laporan dari media tempatan Itali menyatakan tujuan pasangan berkenaan berlayar kesana adalah untuk membuktikan yang teori mereka yang bumi adalah rata adalah benar kerana mereka meyakini kawasan tersebut adalah ‘Penjuru Dunia’.

Memetik laporan Daily Star, bagi menjayakan misi tersebut, pasangan berkenaan telah menjual kereta milik mereka yang sempat di gunakan untuk sampai ke pelabuhan Termini Imirese di Sicily untuk digantikan dengan bot perlayaran.

Dari situ mereka mereka kemudiannya memulakan misi penjelahan mereka. Namun nasib dan kemahiran berlayar mereka yang teruk menyebabkan mereka tersesat di tengah lautan.

Mereka yang sepatutnya berlayar ke Lampedusa yang terletak berdekatan negara Maltan bagaimanapun tersesat jauh dan tiba di Pulau Ustica, yang terletak 40 batu di barat laut Palermo.

Sudahla tersesat, kehausan dan penat mereka kemudiannya ditahan Polis Itali kerana melanggar arahan ‘lock down’ sebelum diiring untuk berpatah balik ke bandar Palermo.

Mereka kemudiannya diarahkan untuk menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari di atas bot.

Namun pasangan ini yang degil kemudiannya cuba melarikan diri dengan berlayar ke tengah lautan sekali lagi sebelum berjaya ditangkap 3 jam kemudiannya tidak jauh dari lokasi mereka sepatutnya dikuarantin.

Bukan hanya gagal malah mereka turut digelakkan oleh media disana kerana mereka menggunakan kompas, sedangkan alatan tersebut berfungsi berdasarkan medan magnet bumi (terrestrial magnetism), suatu prinsip yang seharusnya ditolak olah golongan bumi rata.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.