fbpx
Now Reading
Demi Bantu Belia Sabah Pulang Mengundi, Anak-anak Muda Ini Lancar Tabung Kumpul Sumbangan Orang Awam

Demi Bantu Belia Sabah Pulang Mengundi, Anak-anak Muda Ini Lancar Tabung Kumpul Sumbangan Orang Awam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/PulangMengundiSabah/photos/rpp.112881323864657/119754596510663/?type=3&theater

Tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pilihanraya negeri (PRN) Sabah akan diadakan. Buat pengundi yang menetap berdekatan pasti mereka tidak mempunyai halangan untuk pulang ke tempat masing-masing.

Namun buat anak Sabah yang menetap dan berkelana jauh di Semenanjung, pasti mereka terpaksa menghitung-hitung untuk pulang ke kampung demi mengundi pada 26 September ini memandangkan kos pengangkutan yang tinggi.

Merasakan perlu berbuat sesuatu sekumpulan 9 orang anak muda telah melancarkan inisiatif Pulang Mengundi Sabah yang mengumpulkan sumbangan dari orang awam termasuk dari sektor korporat untuk disalurkan kepada belia Sabah terpilih yang tidak mampu untuk pulang mengundi.

Kekangan ekonomi, jurang jarak dan kesempitan masa tidak seharusnya menjadi penghalang kepada partisipasi dalam proses pilihanraya.

Melihatkan kepada kekangan-kekangan yang membataskan peluang anak muda Sabah untuk mengundi pada Pilihanraya Negeri, kami mengumpul usaha untuk sama-sama membantu bersama menggembleng sumbangan awam dan menjemput sumbangan sektor korporat.

Pulang Mengundi Sabah |Facebook

Cara untuk memohon :

Difahamkan ada beberapa syarat dan kriteria yang dikenakan untuk memohon sumbangan ini antaranya mestilah :

  • Berumur antara 18-35 tahun
  • Berdaftar sebagai pengundi
  • Bendapatan kurang dari RM 3000

Mereka yang memenuhi kriteria ini perlu mendaftar di borang online yang disediakan disini atau copy paste link di sebelah ini : shorturl.at/mFSTX

Dalam pada itu, anda yang berminat untuk menyalurkan sedikit sumbangan bolehlah menghubungi pihak Pulang Mengundi Sabah sama ada menerusi facebook ataupun laman Twitter .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.