fbpx
Now Reading
Meski Sibuk Sebagai CEO Finas, Ahmad Idham Berjaya Tamatkan PhD. Tahniah Dr!

Meski Sibuk Sebagai CEO Finas, Ahmad Idham Berjaya Tamatkan PhD. Tahniah Dr!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CE6fUEfBen0/?utm_source=ig_embed

Siapa sangka dalam kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi (CEO) Perbadanan Filem Kemajuan Malaysia (FINAS) Ahmad Idham berjaya menamatkan pengajian beliau pada peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia

Perkara itu dikongsikan Ahmad Idham menerusi satu posting di laman Instagram miliknya.

Dia turut menzahirkan rasa terima kasihnya kepada dua penyelia yang banyak membantunya menamatkan pengajian tersebut.


“Alhamdulillah. Tq @uumofficial dan semua yg bersama saya mengharungi cabaran pengalaman ini.

“Terima kasih juga pada Penyelia saya Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Penyelia 2 saya Prof Dr Rohana,” tulis Ahmad Idham sebagai kapsyen

Beliau dalam masa sama turut berkongsi surat rasmi yang dikeluarkan badan pengajian tinggi itu yang menandakan beliau sudah menamatkan pengajianya kepada orang ramai

Menerusi surat rasmi yang bertarikh 8 September itu, CEO Finas ini difahamkan telah menyiapkan thesis bertajuk ‘Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu’.

Justeru di atas kejayaannya itu dia beliau akan dianugerahkan dengan Doktor Falsafah di bidang Pengurusan sewaktu Majlis Konvekesyen Ke 33 UUM yang bakal berlansung pada tahun ini.

Susulan dari perkongsian itu, Dr Ahmad Idham telah dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti serta pemain-pemain industri seni tanah air.

Tahniah Dr Ahmad Idham!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.