fbpx
Now Reading
Tular Video Remaja Dipukul Kerana Tak Tunai Janji Beli KFC, Caprice ‘Bahasakan’ Kaki Buli

Tular Video Remaja Dipukul Kerana Tak Tunai Janji Beli KFC, Caprice ‘Bahasakan’ Kaki Buli

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/Vide0viraltv/videos/1441771782694448/https://www.instagram.com/p/CE6fMwShWp5/

Sejak semalam tular satu video buli berdurasi 25 saat yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Kelantan. Bukan hanya menarik perhatian masyarakat malah ianya turut mendapat reaksi dari golongan selebriti antaranya Caprice.

Menerusi satu video di instagramnya Carpice yang berang meluahkan rasa geramnya berhubung video tersebut yang menurutnya tidak seharusya berlaku.

“Ibu bapa penat-penat beli hang punya sependa, bayar yuran sekolah, sekolah ialah tempat hang untuk tunjuk bijak.

“Kalau hang nak tunjuk samseng, pergi gegar pusat judi, samseng ke, gangster ke baru saya tabik sama lu.”

Menerusi posting sama, Caprice turut berharap agar si pembuli di tahan semalaman di dalam lokap

Menerusi laporan Sinar Harian kejadian berpunca disebabkan mangsa berolok-olok bersama pelajar seniornya itu untuk membelanja mereka makanan KFC.

Berang dengan gurauan mangsa, ketiga-tiga pelajar senior mula menyerang dan memukul pelajar tersebut di dalam bilik asrama mereka.

Susulan dari itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis asebelum polis membawa suspek ke balai polis bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata “Pihak polis telah mengenal pasti suspek dan dibawa ke balai polis bagi menjalankan siasatan dibawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.