fbpx
Now Reading
Harga PS5 Bersalut Emas 24K Diumumkan, Dah Menyamai Harga Sebuah Kereta

Harga PS5 Bersalut Emas 24K Diumumkan, Dah Menyamai Harga Sebuah Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan yang sebuah syarikat dari United Kingdom, Truly Exquisite yang terkenal dalam menawarkan  barangan teknologi dengan salutan emas 24K telah mengumumkan bakal menawarkan PS5 mewah bersalut emas kepada orag ramai.

Yang menariknya pengumumam tersebut dilakukan sebulan selepas Sony memperkenalkan reka bentuk konsol Playstation 5 (PS5) di kemuncak acara The Future Of Gaming yang berlangsung pada 9 Jun 202.

Truly Exquisite bagaimanapun pada waktu itu belum meletakkan sebarang tanda harga lagi untuk konsol mainan tersebut namun ramai peminat dunia teknologi menganggarkan ianya tidak akan kurang dari RM 30,000 per konsol.

Harga bermula dari RM 42,000

Menepati ramalan orang ramai yang harganya pasti ‘mampu tengok’, syarikat ini dua hari lalu mengumumkan konsol ‘edisi bangsawan’ tersebut akan dijual pada harga £7999 (RM 42,000) bagi versi digital dan £8099 (RM43,000) bagi versi disc .

Selain PS5 disalut emas 24k, Truly Exiquisite juga turut mengumumkan dua lagi varian iaitu PS5 dengan salutan 18K Rose Gold dan juga PS5 Platinum yang sedikit mahal berbanding edisi emas 24k.

Difahamkan harganya adalah seperti berikut :

Buat golongan seperti kami, mungkin konsol sebegini hanya mampu dilihat dari jauh sahaja, namun jika anda berkemampuan dan memang berhasrat untuk mendapatkan syarikat ini sudahpun membuka tempahan awal (pre order) bagi konsol mewah tersebut sejak semalam dimana para pelanggan diperlukan untuk membayar 50% dari harga asal sebagai wang pendahuluan.

Untuk kami? Tak mengalah, kami tunggu harga rasmi PS5 dari Sony dahulu . Haha

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.