fbpx
Now Reading
Pasangan YouTuber Labur Hampir RM400,000 Sewa Burj Khalifa Hanya Untuk Dedahkan Jantina Anak

Pasangan YouTuber Labur Hampir RM400,000 Sewa Burj Khalifa Hanya Untuk Dedahkan Jantina Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan trend mengumumkan jantina anak sudah semakin popular di zaman ini.

Jika dahulu trend yang dipanggil ‘gender reveal’ ini hanya akan dilakukan kerabat diraja atau selebriti Hollywood, namun ia kini bukan suatu perkara asing lagi terutama buat mereka yang aktif di media sosial.

Baik golongan marhaen sehinggalah ke golongan berpengaruh, yang membezakannya kini hanyalah cara ianya diadakan.

Namun pasangan Youtuber yang berpangkalan di Dubai, Anas Marwah dan Asala Malehini benar-benar meraih perhatian masyarakat dunia apabila mereka melakukan ‘gender reveal’ anak kedua mereka yang disiarkan di Youtube dengan menyewa bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Bukan sewa bilik ya! Sebaliknya menyewa seluruh bangunan dan menjadikannya medium untuk mengumumkan jantina bayi mereka seperti yang dapat anda lihat di bawah : “It’s a boy!”.

Jelas Asala di dalam video tersebut, dia dan Anas mahukan satu kelainan kali ini justeru mereka memilih mengumumkan jantina bayi mereka disitu .

Namun konten Youtube mereka itu jelas tidak disenangi netizen dari seluruh dunia. Apatah lagi memakan kos wang sebanyak $95,000 atau bersamaan dengan RM 400,000.

Malah status Anas yang merupakan anak seorang ahli politik terkenal di Syria menyebabkan dia lebih teruk di kecam netizen dari Arab.

Menurut mereka, tindakan pasangan ini jelas menunjukkan pembaziran melampau sedangkan negaranya Syria sedang teruk berperang

Meskipun tiada pendedahan rasmi mengenai siapa yang menanggung kos tersebut, sama ada ianya ditanggung sendiri oleh YouTuber berkenaan atau mendapat penajaan oleh mana-mana pihak ketiga, namun tindakan menyewa Burj Khalifa dengan harga USD$ 95,000 USD hanya untuk satu masa yang singkat lagi-lagi atas tujuan membuat ‘gender reveal’ pada kami adalah satu pembaziran.

Tonton video penuh di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.