fbpx
Now Reading
‘Anak Saya Tak Mati Katak’ – Ibu Arwah Sandra Dianne Terkilan Pemergian Anak Dipersenda

‘Anak Saya Tak Mati Katak’ – Ibu Arwah Sandra Dianne Terkilan Pemergian Anak Dipersenda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anaknya baru sahaja pergi menghadap ilahi dua hari lalu, namun hatinya pasti lagi terluka apabila pemergiannya itu dipersendakan oleh manusia yang tidak bertanggung jawab.

Itu yang sedang dirasakan ibu Allahyarhaman Sandra Dianne, Nur Syakinah selepas tular beberapa posting yang seolah mempersoalkan kematian anak perempuannya itu.

Jelas Syakinah, tiada ibu bapa yang tidak akan terasa apabila soal kematiannya anak mereka menjadi topik kecaman oleh segelintir manusia yang tidak punya hati, apatah lagi mereka sekeluarg masih lagi dalam tempoh berkabung

Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu.

“Saya tak mahu bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis ingin saya beritahu ya, anak saya yang awak cakap mati katak tu meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh.

“Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur. Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hatilah dengan komen-komen anda.

“Saya yakin Allah tempatkan anak saya dalam kalangan orang-orang yang diredai. InsyaAllah,” katanya.

Menerusi posting sama beliau turut berkongsi screenshot posting tersebut yang jelas menyakitkan hati sesiapa sahaja yang membacanya.

Selain komen jahat tersebut tersebut beberapa lagi posting lain tular di media sosial menyebabkan rata-rata netizen menjadi berang dan tidak berpuas hati kepada individu tersebut yang dipercayai menggunakan akaun palsu.

Terdahulu, Allahyarhamam Sandra meninggal dunia di Hospital Putrajaya, semalam beberapa hari bertarung nyawa selepas terbabit kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke raptai penuh Big Stage 2020 pada Sabtu lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.