fbpx
Now Reading
Akshay Kumar Tidak Gentar Minum Air Teh Dari Najis Gajah Sebab …

Akshay Kumar Tidak Gentar Minum Air Teh Dari Najis Gajah Sebab …

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CE80urupejq/

Akshay Kumar yang merupakan pelakon bintang Bollywood ini mengakui bahawa dia minum air kencing lembu setiap hari kerana mempercayai bahawa ia mempunyai khasiat perubatan terutamanya bagi melawan wabak Covid-19.

Menurut sumber daripada Pinkvilla, pelakon bintang Bollywood yang berusia 53 tahun ini mengakui minum air kencing lembu bagi tujuan kesihatan di salah satu episod program rancangan realiti, Bear Grylls’ Into The Wild, bersama rakannya Grylls.

Semasa diwawancara bersama Grylls dan Huma Qureshi menerusi laman Instagram baru-baru ini mengenai promosi program televisyen Britain. Huma sempat mengajukan soalan mengenai promosi program televisyen Britain tersebut kepada mereka berdua tentang bagaimana mereka boleh minum air teh yang diperbuat daripada najis gajah.

Akshay sempat memberitahu bahawa ia bukanlah sesuatu perkara yang buruk memandangkan setiap hari dia meminum air kencing lembu.

Foto : Onmanorama

“Ia bukanlah sesuatu perkara yang buruk kerana saya sendiri minum air kencing lembu sebagai rawatan ayurveda” katanya.

Jawapan daripada pelakon bintang Bollywood ini juga mengejutkan rakannya, Grylls kerana tidak semua tetamu undangannya mengatakan sesuatu seperti ini. Grylls juga berniat untuk melakukan rancangan lain bersama Akshay Kumar memandangkan dia berada di Scotland untuk filemnya yang akan datang, Bell Bottom.

Biarpun pengakuan yang dibuat oleh Akshay Kumar itu mengejutkan ramai peminatnya diluar India. Namun, amalan tersebut adalah perkara biasa bagi masyakarat di India kerana mereka percaya bahawa ia mempunyai manfaatnya tersendiri terutama dalam faktor kesihatan seperti melawan Covid-19.

Meskipun belum ada ada bukti saintifik mengenai manfaat perubatannya, beberapa ahli politik BJP kerap mempromosi penggunaan najis dan air kencing lembu bagi merawat COVID-19.

Malah, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Mahendra Modi turut menubuhkan Kementerian Ayurveda dan Yoga, dengan Modi sendiri pada Jun lalu mengesyorkan yoga boleh bantu mewujudkan ‘perisai perlindungan’ terhadap COVID-19.

Tambah Akshay, dia juga mempunyai beberapa projek yang sedang berjalan bersama-sama dengan Prithviraj, Laxmmi Bomb, Bachchan Pandey dan Raksha Bandhan. Selain itu, Akshay jugak sedang menunggu pelancaran filem terbarunya yang akan datang, Sooryavanshi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.