Now Reading
Pakar Virologi Dakwa Virus Covid-19 Datang Dari Makmal Wuhan, Bakal Dedah Bukti Saintifik [Video]

Pakar Virologi Dakwa Virus Covid-19 Datang Dari Makmal Wuhan, Bakal Dedah Bukti Saintifik [Video]

Pakar virologi, Dr Li-Meng Yan dari China pada Jumaat lalu mengumumkan akan mendedahkan data saintifik bagi membuktikan bahawa COVID-19 berasal dari makmal di Wuhan, suatu fasiliti yang dikawal oleh kerajaan China.

Jelasnyad data saintifik tersebut bagi memuktikan virus berkenaan adalah buatan manusia dan bukan seperti yang didakwa pemerintah China dimana ia dikatakan berasal dari pasar basah yang terletak berhampiran dengan fasiliti tersebut.

Pendedahan itu dilakukannya dalam satu temubual secara maya oleh program Britain, Loose Woman dari sebuah lokasi yang dirahsiakan sebagai langkah keselamatan melindungi dirinya selepas pendedahan berani mati yang dilakukannya pada awal tahun dengan mengaitkan Covid-19 dengan kerajaan China.

Perkara tersebut jugalah yang menjadi punca Dr Li melarikan diri dan bersembunyi di Amerika Syarikat atas alasan untuk melindugni keselamatannya.

“Perkara utamanya ialah (punca) di pasar daging di Wuhan itu adalah usaha untuk mengaburi mata, dan virus ini bukan terhasil secara semulajadi,” katanya semasa ditemu bual dalam program Loose Women.

Jelas Dr Yan yang sebelum ini bertugas di Pusat Pengajian Kesihatan Awam Hong Kong, sebuah pusat rangkaian WHO bagi kajian penyakit berjangkit di telah diarahkan oleh bekas penyelianya di situ untuk telah berdiam diri selepas beliau memberi amaran mengenai jangkitan Covid-19 dari manusia ke manusia pada Disember tahun lepas.

“Saya tahu jika saya tidak mendedahkan kebenaran kepada dunia, saya akan menyesal,” katanya.

See Also

Terdahulu di sekitar April lalu pengarah Institut Virologi Wuhan, Yuan Zhiming menolak dakwaan virus maut itu berasal daripada fasiliti miliknya.

“Tidak mungkin virus ini datang dari kami,” katanya sewaktu ditemuramah media.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.