fbpx
Now Reading
Apa Itu Hawar Berdarah Yang Menjadi Punca Kematian 35 Kerbau Mowgli Malaysia

Apa Itu Hawar Berdarah Yang Menjadi Punca Kematian 35 Kerbau Mowgli Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial dan turut mendapat liputan meluas dari media mengenai kematian lebih 35 ekor kerbau milik Mowgli Malaysia, Adik Syukor Khamis dan ayahnya dipercayai disebabkan oleh Hawar Berdarah.

Kematian haiwan ternakan yang merupakan kesayangan anak muda itu mengakibatkan keluarganya kerugian lebih RM200,000.

Jika anda (seperti kami) tertanya-tanya apakah itu Hawar Berdarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjelaskan,penyakit ini atau nama lainnbya Haemorrhagic Septicaemia (HS) merupakan penyakit akut pasteurellosis yang berpunca dari bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.

Ia biasanaya menyebabkan septisemia akut pada lembu dan kerbau, namun lebih mudah menyerang kerbau. Ternakan babi juga boleh dijangkiti HS namun pada kadar yang rendah.

Ia juga boleh menjangkiti bebiri dan kambing namun amat jarang dilaporkan.

Foto : Awani

Bagaimana ia boleh berlaku ?

Penyakit HS disebabkan oleh salah satu daripada dua serotip Pasteurella Multocida, iaitu serotip B:2 dan E:2 . Didalam negara kita penyakit ini merebak disebabkan oleh serotip B:2

Apakah simptom penyakit terhadap haiwan pelihaaran?

1) Haiwan mengalami kemurungan
2) Bengkak di kepala, leher dan dada
3) Mulut dan hidung yang berbuih
4) Kongesi pada lapisan mucus membrane
5) Konjuntivitis
6) Sukar bernafas

Secara ringkasnya wabak HS boleh berlaku bila-bila masa namun kekerapan ianya untuk berlaku sewaktu musim hujan adalah lebih tinggi .Kebanyakan jangkitan HS adalah akut atau perakut, yang kebiasaannya menyebabkan kematian dalam jangka masa 8 – 24 jam selepas dijangkiti.

Namun begitu menerusi laporan DVS, masih ada haiwan yang sembuh daripada penyakit HS.

Foto : Adik Syukor Khamis

Adalah terdapat Teknih pencegahan?

Untuk mencegah dan mengawal penyakt ini, DVS menggunakan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) HS dengan menggariskan strategi berikut :

• Pelaporan
• Rawatan
• Vaksinasi
• Kawalan Pemindahan
• Survelan
• Pelupusan
• Pengurusan Fail Kes
• Dayajejak
• Langkah Biosekuriti
• Khidmat nasihat
• Kempen kesedaran awam
• Rekod

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.