fbpx

Saintis Malaysia Berjaya Cipta Kit Ujian Pantas Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/Khairykj/posts/3950182424998329

Sekumpulan saintis negara kita mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan kit ujian saringan pantas atau ‘rapid test kit’ Covid-19 yang pertama di dunia yang mempunyai ketepatan sama dengan ujian dilakukan di makmal yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Yang menariknya inovasi tersebut diketuai Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, iaitu rakyat Malaysia pertama melancarkan alat sensor deria agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) bagi mengukur dan memantau organisma satu sel di angkasa.

Selain dari kejayaan menghasilkan kit tersebut, mereka turut tersenarai sebagai 15 finalis bagi Anugerah Komuniti anjuran universiti berprestij Amerika Syarikat (AS), Massachusetts Institute of Technology (MIT) – MIT Solve Challenge , satu platform pemasaran bagi inovasi impak sosial dari seluruh dunia serta peluang bagi usahawan teknologi mengembangkan potensi mereka.

Menurut Dr Amani Salim, kit ujian pantas dihasilkannya itu mampu mengesan COVID-19 menggunakan air liur walaupun kepekatan cecair itu hampir 100 peratus kurang berbanding darah.

Tambahnya lagi, kit tersebut juga mampu mengesan kehadiran virus COVID-19 walaupun air liur individu terbabit tidak mengandungi banyak virus lain pada kadar lebih murah dan cepat.

“Inovasi ini bermula apabila saya dengan usaha sama Malaysian Relief Agency (MRA) membangunkan sensor untuk mengesan bakteria berbahaya digunakan ketika kejadian banjir di Kuala Krai, Kelantan pada 2014.

“Bagaimanapun, kumpulan saya mula memikirkan idea untuk bantu memerangi Covid-19, ketika wabak itu melanda seluruh negara. Daripada situ kami cuba inovasikan teknologi digunakan bagi saringan Covid-19,” katanya kepada BH pula.

Buat Ketua Pegawai Eksekutif nanoSkunkWorkX Sdn Bhd, Iqbal Shamsul berkata, pihaknya kini sedang mencari dana untuk memasarkan alat berkenaan, selain menyasarkan Malaysia sebagai hab inovasi terbabit.

Difahamkan pihak mereka juga sedang cuba untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi membentangkan hasil inovasi berkenaan.

“Kita masih lagi menunggu maklum balas daripada National Technology & Innovation Sandbox (NTIS), selain mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang menolak permohonan kami.

“Kita berharap Malaysia mampu menjadi hab penghasilan alat ini kerana ia adalah hasil inovasi anak tempatan, selain sensor strip bagi alat ini boleh dijual pada harga kurang RM4, jika ia dipasarkan secara meluas nanti,” katanya.

Dalam pada itu berita gembira ini turut dikongsikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, di Facebooknya menjelaskan, pihaknya MOSTI berbangga dengan hasil dan pencapaian saintis-saintis tersebut.

Selain Dr Amani, antara individu lain yang turut mengembeleng tenaga menghasilkan inovasi ini adalah Dr Firdaus Abd Wahab (UIA), Dr Azzmer Azzar Abdul Hamid (UIA), Piravin Raj Barthasarathy, Abdulmohsen Benoudjit (UIA) Dr. Mohd Hamzah (UIA), Iqbal Shamsul (CEO nanoSkunkWorkX) Uswab Solehah Shohibuddin (UIA), Dr Izzat Suffian (UIA).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.