fbpx
Now Reading
Selepas Tular Video Maki Hamun Di Restoran & Video Body Shaming, Eira Azira Mohon Maaf

Selepas Tular Video Maki Hamun Di Restoran & Video Body Shaming, Eira Azira Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/Eiraazieralegacyholding/videos/353186952375686/

Sejak beberapa hari lalu tular dua video berbeza membabitkan influencer yang juga seorang usahawan kosmetik, Eira Azira

Bermula dari video pertama dimana dia dihalau ketika sedang membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung (FB Live) di sebuah restoran popular di Melaka, kemudiannya tular satu lagi video lama dimana dia didakwa menggunakan bahasa kasar dan turut melakukan body shaming ke terhadap seorang pengguna Facebook.

Susulan dari penularan video-video tersebut, usahawan terbabit dikecam hebat oleh netizen dan segelintir pengikutnya yang berang dengan kata-katanya yang disifatkan mereka agak melampaui batas.

Video tular tempoh harid dimana Eira didakwa membuat body shaming terhadap pengguna Facebook tersebut

Terbaru Eira menerusi laman Facebooknya telah memuat naik satu video permohonan maaf terhadap pemilik restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook terbabit iaitu Suharnizan Md Sidek

“Pertama sekali, permohonan maaf secara terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat dua insiden yang tular ketika Eira membuat “Live” di Facebook Eira Azira.

“Insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu body shaming terhadap individu/ pemilik akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek,” katanya.

“Jujur Eira katakan, salah tetap salah. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

Screesnhot dari Video tular sewaktu Eira dihalau keluar oleh pemilik restoran terkenal terbabit

“Insiden-insiden tersebut menyebabkan ramai follower yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekali gus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk,” katanya sambil menambah bahawa kejadian yang berlaku turut memberi kesan amat mendalam kepada keluarganya.

Mengakui kesal dengan apa yang berlaku Eira memohon agar dia diberi peluang untuk memperbaiki diri serta tutur katanya selepas ini. Dia dalam masa sama turut memaafkan mereka yang telah memberikan komen negatif terhadapnya.

“Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang kepada Eira untuk memperbaiki diri, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang, insyaAllah.

“Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.

“Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.