fbpx
Now Reading
Video Duta Besar Perancis Berpantun Bahasa Melayu Sempena Majlis Perpisahan Dapat Pujian Netizen

Video Duta Besar Perancis Berpantun Bahasa Melayu Sempena Majlis Perpisahan Dapat Pujian Netizen

Dia punya pantun takde langsung slang French. Power betul

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dua hari lalu nama Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche menjadi buah mulut netizen di Twitter gara-gara perkongsian yang dimuat naik laman Twitter Kedutaan Perancis di Malaysia

Difahamakan Frederic bakal kembali ke negaranya Perancis selepas tamat perkhidmatannya sebagai Duta Besar di negara kita seperti yang dikongsikan laman rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seminggu yang lalu.

Namun Frederic mencuri tumpuan orang ramai kerana dia berjaya menyampaikan dua pantun 4 kerat bahasa melayu menerusi video perpisahan tersebut

“Pantun sebagai pengucap selamat tinggal oleh Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplance” tulis laman Twitter berkenaan

Meskipun hanya menggunakan Bahasa Melayu di dalam pantunnya manakala selebihnya di dalam bahasa Inggeris, inisiatif yang ditunjukkan Frederic benar-benar mendapat pujian netizen.

Ramai yang turut membalas hantaran tersebut dengan mengucapkan ‘Merci’ yang bermaksud terima kasih di dalam Bahasa Perancis.

Selain itu ada juga segelintir dari mereka yang tampil membalas pantun perpisahan beliau

Setakar artikel ini ditulis video tersebut sudah meraih 10,100 tanda suka, 5300 retweets dan 341 komen/balas

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.