fbpx
Now Reading
Gadis Di Tipu ‘Scammer’, Plan Nak Bercuti Dekat Lexis Hibiscus Port Dickson Bertukar Sadis

Gadis Di Tipu ‘Scammer’, Plan Nak Bercuti Dekat Lexis Hibiscus Port Dickson Bertukar Sadis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedih… Ingat dapat sambut bachelorette kawan, pengalaman 4 sekawan bertukar malang bila scammer ‘menghilang’ 2 hari sebelum bercuti.

Fatin Sabrina, pelajar jurusan pengurusan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), menjadi salah seorang mangsa penipuan scammer di sosial media, Twitter apabila mengetahui kebenaran selepas menghubungi pihak resort itu sendiri. Menerusi gambar yang telah dimuatnaik oleh Fatin, dia mendedahkan Prof Emeritus Hafiz ini merupakan scammer yang mengakui dirinya ialah ejen resort untuk Lexis Hibiscus PD.

Tambah Fatin, selain pakej tawaran yang dia tawarkan, Fatin memberitahu bahawa scammer ini menggunakan trik dimana sesiapa sahaja yang ‘follow’ scammer ini di sosial media akan mendapatkan promotion pada 100 orang yang terawal saja.

Fatin diminta untuk berurusan dengan ejen scammer melalui Whatsapp selepas Fatin memberitahu sudah mengikutinya di laman Twitter.

“Scammer itu memberitahu promosi akan berakhir pada hujung bulan Jun. Namun, disebabkan takut terlepas, jadi kami pun buat pembayaran pada 1 Julai yang berharga RM599 untuk 3 hari 2 malam.” Kata pelajar IPTA ini.

Fatin yang bersemangat untuk meraikan rakannya yang akan berumah tangga pada bulan Oktober itu musnah apabila dia mengetahui akan kebenaran disebalik kehilangan ‘fake Iqbal ejen resort’ ini. Pihak pengurusan resort tersebut memberitahunya tiada sebarang booking online di sistem mereka pada tarikh 14 hingga 16 September 2020.

Fatin yang terkejut kerana dia sudah pun membuat pembayaran penuh kepada ejen tersebut. Tidak hairan apabila scammer tersebut menghilangkan diri dan langsung tidak membalas sebarang mesej yang dihantar.

“Saya ada tanya nombor tempahan tapi dia langsung tak membalas mesej saya dan panggilan juga tidak berjawab. Sebulan juga dia senyap”.

“Sepatutnya 14 September, kami dah bercuti di resort itu. Apabila menghubungi pihak resort, mereka beritahu yang tiada langsung promosi yang dibuat seperti yang diberitahu oleh saya.”

“Terkilan, marah, kecewa semua ada. Bagi kami sebagai pelajar, kena berjimat cermat semata-mata mahu mengumpul wang untuk bercuti. Jadi, jumlah itu sangatlah besar untuk kami semua.”

Fatin

Melalui pengkongsiannya di laman Twitter mengenai pengalaman pahitnya itu, ternyata sudah ramai yang mendedahkan mereka juga adalah mangsa scammer.

“Saya buat retweet ini untuk mengingatkan supaya orang ramai lebih berhati-hati dan tidak menjadi salah satu mangsa seperti kami.”

Nasi dah jadi bubur, jadi lepas ini kita perlu lebih berhati-hati dengan scammer online. Kalau nampak harga murah, selidik dahulu sebelum membuat pembayaran agar tidak tertipu dengan pakej yang ditawarkan. Lebih elok kalau korang tempeh dari laman web resort tersebut atau dari ejen yang sah. Ini pengajaran buat kita semua.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.