fbpx
Now Reading
‘Kembar Mazda’ Yang Tular Rupanya Bukan Klon Tapi Kereta Curi

‘Kembar Mazda’ Yang Tular Rupanya Bukan Klon Tapi Kereta Curi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular beberapa foto di media sosial memperlihatkan dua buah kereta jenis Mazda yang mempunyai no pendaftaran , cukai jalan juga warna yang sama dipercayai di klon.

Difahamkan ianya dirakam gara-gara pemilik sebenar kereta tersebut tidak tahan kerana sering disaman ‘speed trap’ sedangkan kawasan tersebut tidak pernah di laluinya.

Dia yang berasal dari Johor kemudiannya cuba menjejak ‘kembar tirinya’ itu dan akhirnya berjaya menemuinya disebuah kawasan di Bangi, Selangor

Menerusi laporan Sinar Harian, polis Kajang mengesahkan mereka ada menerima laporan berhubung kes sebuah kereta jenis Mazda yang didakwa merupakan kereta klon di Bangi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan siasatan awal bagaimanapun mendapati kereta itu bukanlah kereta klon seperti yang didakwa sebaliknya kereta yang dicuri di Beserah, Kuantan.

“Kereta itu dijumpai di tempat letak kenderaan di sebuah kawasan di Bangi. Kita mendapati nombor plat kenderaan ditukar,” katanya kepada Sinar Harian

Difahamkan kenderaan tersebut akan dihantar ke Kuantan memandangkan laporan dilakukan di sana.

“Setakat ini tidak ada pemandu atau mana-mana individu dikesan berkait dengan kes kereta curi ini,” katanya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.