fbpx
Now Reading
Fedtri Yahya Terlibat Dalam Kemalangan, Selesai Jalani Pembedahan

Fedtri Yahya Terlibat Dalam Kemalangan, Selesai Jalani Pembedahan

Fedtri difahamkan jatuh tersembam dari basikal yang dinaikinya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFNa7NNAqhD/https://www.instagram.com/p/CFLRydmgUoM/

Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, difahamkan telah selamat menjalani pembedahan selepas terlibat dalam satu kemalangan malam tadi.

Berita tersebut dikongsikan isteri pengacara tersebut Nurul Anati Ismail, 35, menerusi laman Instagram Fedtri .

Menerusi perkongsian tersebut Anati turut memohon orang ramai untuk mendoakan suaminya.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” katanya.

 Menerusi laporan Harian Metro, Fedtri difahamkan terjatuh dari basikal di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama, malam tadi selepas selesai membuat liputan untuk program Kayuhan Hari Malaysia untuk Malaysia Hari Ini (MHI) 

Jatuh tersembam

Jelas Anati Ismail lagi,  Fedtri jatuh tersembam dari basikal menyebabkan bahagian mukanya mengalami kecederaan.

“Saya difahamkan suami pakai topi keledar, cuma dia jatuh tersembam. Ketika bangun, dia tak rasa apa-apa, tapi dia pelik apabila orang terkejut melihat mukanya yang berdarah.

“Jadi, selepas dibawa ke hospital, doktor sarankan untuk buat pembedahan untuk betulkan tulang rahang yang patah,” katanya.

Dijengah ke ruangan komen rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan agar Fedtri kembali pulih seperti sediakala.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.