fbpx
Now Reading
Isu Basikal Perlu Lesen & Plat, Ini Komen Azizulhasni Awang

Isu Basikal Perlu Lesen & Plat, Ini Komen Azizulhasni Awang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/mirosroadsafety/photos/a.10150194163135392/10164498194670392/?type=3https://www.facebook.com/azizulawangofficial/posts/10157582034866705

Sejak semalam orang hangat memperkatakan mengenai cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal di negara ini.

Laporan yang dikeluaran akhbar tempatan itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ahli politik juga jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang

Menerusi satu perkongsian di Facebooknya, Azizulhasni menjelaskan bahawa idea untuk melesenkan dan menyediakan plat untuk basikal tersebut adalah bagus, namun ia sepatutnya menjadi perkata terakhir yang dilakukan

Ini kerana menurutnya terdapat banyak lagi idea dan cadangan lain yang bagi boleh di laksanakan terlebih dahulu. 

“Pertamanya, idea/cadangan ini bagus tetapi bagi saya ianya adalah pilihan yang terakhir kerana ada banyak lagi idea dan cadangan lain yang bagi saya perlu/boleh di aplikasi terlebih dahulu.

“Nak menjaga keselamatan penunggang basikal yang populasi nya makin bertambah ini, pada cadangan saya adalah :

Perlu bincang untuk keluarkan polisi baru

Pihak berkuatkuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baru bagi kaki basikal ini. Peraturan yang saya maksudkan disini adalah peraturan ketika berkayuh di lebuh raya, peraturan berkayuh di jalan-jalan kampung, peraturan berkayuh di off-road dan peraturan-peraturan yang bersangkut-paut dengannya. Juga perlu ada sebuah polisi keselamatan integrasi di jalan raya.

Perlu ada kempen cara kayuhan selamant dan betul

Perlu ada kempen dan awareness program/projek tentang kayuhan dengan selamat dan betul. Saya pun tak suka bile tengok rakan-rakan cyclist lain yang kayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. Tapi saya percaya juga kebanyakan dari mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas cara-cara serta peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini. Cadangan ini adalah lebih cost effective berbanding cadangan seterusnya.

Bina litar basikal sendiri

Berkayuh di jalan raya bahayakan? Maka boleh difikirkan untuk membina litar basikal dimana hanya peminat sukan berbasikal boleh berkayuh disini tanpa gangguan kenderaan lain.

Tak payah pergi jauh, negeri jiran kita, Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google ‘Skylane Bangkok’, terletak berdekatan Suvarnabhumi Airport, trek berbasikal ini amat popular di bangkok dan mempunyai jarak 23.5km satu pusingan. Kayuh la sampai lebam kat dalam tu.

Korea pun dah lama ada trek khas basikal ini dan diorang lagi hebat, trek yang jaraknya nearly 1000km dan menghubungkan dari negeri ke negeri lain. Peminat sukan basikal boleh berkayuh stage by stage ala-ala macam tour de langkawi (touring) dan mereka yang complete total 1000km tu akan dapat certificate.

Jelasnya lagi idea untuk mengenakan lesen serta plat hanya akan mengurangkan pengguna basikal sedangkan tujuan asalnya untuk mengalakkan rakyat Malaysia bersukan

“Mengenakan lesen dan plat hanyalah akan mengurangkan pengguna basikal.

“Sekarang ni kita nak galakkan rakyat Malaysia berbasikal sebab boleh melahirkan rakyat yang sihat walafiat,” tulisnya.

Tambah Azizul lagi, rata-rata negara di Eropah juga sudah tidak lagi menggunakan sistem tersebut sedangkan ianya pernah dikuatkuasakan satu masa dahulu

“Di Poland dikenakan lesen plat selepas World War 2 sehingga lah akhir 1960an. Di Switzerland pula pernah diguna pakai lesen plate yang dipanggil ‘Velovignette’ tetapi sudah diberhentikan pada tahun 2011. Di Jerman juga mereka sudah berhenti lesen plate ini lama dahulu kerana ingin menggalakkan rakyat mereka ‘mengayuhkan kebasikalan’ itu

Di Toronto, Canada ada di bincangkan idea ini pada tahun 1984, 1992 dan terkini 1996 tetapi tidak diterima ramai kerana ianya tidak efektif. Antara beberapa faktor utama ianya ditolak adalah mengenakan lesen dan plat ini tidak mengubah ‘behaviour’ atau perlakuan pengayuh basikal itu dan keduanya menimbulkan kepayahan kepada kanak-kanak yang juga berkayuh ke sekolah (dan sebagainya) dan boleh menghalang minat ke arah aktiviti yang lebih sihat” tulisnya lagi

Baca perkongsian penuh Azizulhasni di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.