fbpx
Now Reading
“Saya Tak Berniat Cari Kembar Mazda, Semuanya Kebetulan” – Pemilik Mazda 6

“Saya Tak Berniat Cari Kembar Mazda, Semuanya Kebetulan” – Pemilik Mazda 6

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu tular foto mengenai dua buah kereta Mazda 6 yang mempunyai no pendaftaran , cukai jalan juga warna yang sama yang didakwa di klon sehingga memaksa pemilik asalnya yang berada di Johor untuk menjejakinya di Bangi.

Namun polis kemudiannya mengesahkan yang ianya adalah kereta curi dan bukan kereta klon seperti yang tular di media sosial/.

Menerusi laporan Harian Metro, pemilik kereta Mazda 6 yang tular itu kemudiannya memperjelaskan keadaan sebenar dimana dia tidak kesana semata-mata untuk mencari kembar keretanya sebaliknya mempunyai urusan lain.

 “Bukan niat saya datang ke Bangi dari Johor semata-mata untuk mencari ‘kembar’ kereta itu, saya ada urusan lain. Pertemuan dengan kereta itu adalah secara kebetulan” kata Jo, pemilik kereta tersebut.

Anak saudara terserempak dengan ‘kembar’

Menurut Jo, kewujudan kereta itu mula disedari dua minggu lalu selepas anak saudaranya terserempak dengan kereta berkenaan sedangkan dia ketika itu berada di Kuantan.

“Anak saudara saya yang menetap di Bangi memaklumkan ada terserempak dengan kereta itu di sana dan menyangka itu saya. Dia bertanya kenapa saya tidak singgah ke rumahnya ketika itu.

“Bingung sekejap saya kerana ketika itu saya berada di Kuantan bersama isteri untuk menguruskan hal pembelajaran anak.

“Berdasarkan maklumat diberikan anak saudara termasuk gambar kereta terbabit, saya membuat laporan polis pertama di Johor Bahru untuk tindakan lanjut,” katanya ketika Harian Metro

Jelas Jo lagi, dia yang kebetulan turun ke rumah anak saudaranya pada Ahad lalu kemudiannya di ajak olehnya untuk ke lokasi tersebut bagi melihat kereta berkenaan.

“Anak saudara kemudian mengajak saya ke lokasi untuk melihat kereta itu, sebelum kami menemuinya di kawasan tempat letak kenderaan terbabit dan menghubungi pihak polis.

“Saya ada juga bertanya kepada penduduk sekitar kawasan itu mengenai kereta berkenaan, namun mereka mendakwa tidak kenal dengan pemiliknya,” kata Jo lagi.

Jo yang menbuat laporan polis kedua di Balai Polis Bandar Baru Bangi bagaimanapun tidak menyangka foto tersebut tular di media sosial malah terdapat dakwaan dia ada menerima banyak saman disebabkan kereta itu.

Mengakui ada menerima saman terutama kesalahan memandu laju yang sudahpun diselesaikan, Jo bagaimanapun tidak sedar sama ada kesalahan itu dilakukannya sendiri atau kenderaan berkenaan.

“Saya tidak pernah memuat naik di mana-mana platform media sosial berhubung perkara ini, namun tiba-tiba ia menjadi tular termasuk dakwaan saya menerima banyak saman kerana kereta terbabit.

“Semua saman itu pun sudah saya selesaikan kerana mahu memperbaharui cukai jalan yang tamat tempoh pada Mei lalu.

“Jika difikirkan memang pelik apabila ada kereta yang bukan sahaja sama fizikalnya, tetapi juga sama nombor pendaftaran dan tarikh tamat tempoh cukai jalan,” katanya.

Jo kemudiannya menyerahkan perkara itu untuk siasatan polis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.