fbpx
Now Reading
Tak Sangka, Monyet Curi Iphone Sempat ‘Selfie’ Masa Buat Onar

Tak Sangka, Monyet Curi Iphone Sempat ‘Selfie’ Masa Buat Onar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Pagi aku tidur, bila tengahari aku bangun phone hilang. Cari satu rumah, geledah sana sini semua tiada. Last jumpa casing phone tertinggal bawah katil tapi phone tiada.” kata Muhammad Zackrydz Mohd Rodzi.

Misteri kehilangan telefon bimbit milik Muhammad Zackrydz Mohd Rodzi atau lebih mesra dengan panggilan Zack pada sabtu lalu, akhirnya terjawab apabila ditemui di kawasan kelapa sawit berdekatan rumahnya pada hari berikutnya.

Lebih mengejutkan Zack selepas mengetahui telefon bimbitnya dilarikan oleh seekor monyet yang sering berkeliaran di kawasan kediamannya di Batu Pahat, Johor.

Ayahnya sempat memberitahu Zack, dibelakang rumahnya ada monyet yang suka berkeliaran di kawasan kejiranan rumahnya.

Apa yang mengelikan hati, monyet tersebut ‘merakam’ beberapa video dan ‘selfie’ sambil menggunakan telefon bimbit milik Zack ini.

Menerusi Twitter, Zack turut berkongsi gambar-gambar yang sempat ditangkap oleh monyet tersebut .

Zack juga menunjukkan tempat dimana si pencuri monyet ini memasuki biliknya dan mengambil telefon bimbitnya itu.

“Saya pusing kawasan belakang rumah, abang cuba menghubungi dan saya dengar ringtone phone saya. Makin jauh ke kawasan hutan, makin kuat bunyinya. Memang betul phone saya dan ia ditinggalkan diatas pelepah sawit.” ujarnya.

Zack, 20, berasa lega apabila menemui telefon bimbitnya itu dan memeriksa keadaan telefon bimbitnya itu, sebelum dia menyemak galeri dan terjumpa rakaman video dan gambar yang diambil oleh si pencuri monyet tersebut.

Biarpun terhibur dengan gelagat monyet didalam gambar tersebut, Zack juga terkejut kerana tidak menyangka seekor monyet mampu mengunakan telefon dan fungsi telefon bimbit itu seperti manusia biasa.

Monyet yang mencuri telefon Zack

“Masa jumpa tu, telefon saya berlumpur. Syukur dapat jumpa kembali telefon saya kerana saya baru membelinya lebih kurang setahun yang lalu.” Zack menceritakan pengalamannya kehilangan telefon model Apple Iphone XS Max itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.