fbpx
Now Reading
“Terima Kasih Semua Yang Prihatin” – Nora Danish Kongsi Keadaan Sewaktu Di Cameron

“Terima Kasih Semua Yang Prihatin” – Nora Danish Kongsi Keadaan Sewaktu Di Cameron

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan penyanyi, Nora Danish dikhabarkan terperangkap di tengah jalan di Cameron Highland. Nora berkongsi detik cemas apabila dia terperangkap ketika dalam perjalanan menuju ke Cameron Highland, semalam.

Nora Danish, 38, yang berhadapan dengan kejadian tanah runtuh bersama-sama kru penggambaran tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun, dia mengatakan cuma terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang teruk.

Nora juga memaklumkan bahawa dia mengunakan laluan Tapah semasa pergi ke Cameron Highland yang mengakibatkan dia terperangkap sehingga beberapa jam akibat daripada berlaku kejadian tanah runtuh pada selasa lalu.

“Jalan yang kami lalu terhalang disebabkan pokok tumbang dan berlaku tanah runtuh. Hari ini memang banyak pokok tumbang sampai halang jalan.”

“Kami menunggu di sini sudah setengah jam dan ada orang lain yang terkandas hampir satu jam.” kata Nora.

Heroin filem Bencinta ini memuatnaik beberapa gambar di laman Insta Stories miliknya semalam memberitahu yang dia bersama-sama rakannya cuba mencari alternatif lain seperti berpatah balik turun untuk mengunakan laluan Simpang Pulai.

Walau bagaimanapun, usahanya apabila mereka terperangkap ditengah-tengah perjalanan yang disebabkan oleh pokok lain yang tumbang di laluan itu.

“Ketika dalam perjalanan turun ke Simpang Pulai, pokok lain pula jatuh. Masa naik pokok belum jatuh lagi.”

“Jadi, kami terperangkap di pertengahan jalan. Yang atas sana jatuh, bawah pun jatuh juga” tulisnya.

Beberapa jam kemudian, Nora selamat tiba di lokasi penggambaran selepas masalah tersebut berjaya diatasi oleh pihak berkaitan termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Alhamdulilah, abang-abang dari Jabatan Pertahanan Awam selamatkan keadaan. Lega rasanya.” kata Nora menerusi postingannya di Insta Stories.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.