fbpx
Now Reading
Polis : Berbasikal Di Lebuh Raya Akan Didenda RM 1000

Polis : Berbasikal Di Lebuh Raya Akan Didenda RM 1000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/photos/a.710790042264639/3574059755937639/?type=3

Tidak dinafikan kebelakangan ini trend berbasikal semakin menjadi pilihan orang ramai. Bukan hanya di negara kita malah seluruh dunia kini turut melakukan trend yang sama.

Walaupun ianya satu aktiviti yang sihat, sikap dan tindakan sesetengah penunggang basikal yang tidak mengendahkan undang-undang antranya dengan menunggang di lebuh raya yang merupakan satu kesalahan yang perlu di pandang serius.

Ini kerana sikap sebenini jika dibiarkan berterusan mampu membahayakan keselamatan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain

Terbaru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu posting di Facebook mengumumkan akan mendenda sehingga RM1,000 terhadap individu yang mengingkari larangan menunggang basikal di lebuh raya.

Ini kerana tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dimana mereka yang didapat bersalah boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali

Dalam pada itu, menerusi Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, kesalahan itu telah dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengabaikan tanda kenderaan yang tidak dibenarkan di lebuh raya.

“Di semua plaza tol ada papan tanda yang memaklumkan larangan berkenaan. Dari segi penguatkuasaan, ada peruntukan undang-undang khusus mengenai perkara itu iaitu Seksyen 79(2) akta sama kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

“Apa yang kami pentingkan adalah keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk tahap kesihatan mereka juga yang boleh terjejas dengan bau asap kenderaan di tempat yang sibuk,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.