fbpx
Now Reading
“I Just Miss You” – BCL Titip Ucapan Khas Sempena Hari Lahir Ashraf Sinclair Ke-41

“I Just Miss You” – BCL Titip Ucapan Khas Sempena Hari Lahir Ashraf Sinclair Ke-41

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFRAPkZpaSx/https://www.instagram.com/p/CFSCmYAF0UB/

Pemergian pelakon, Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020, masih dirasai oleh isterinya, Bunga Citra Lestari (BCL).

Semalam 18 September 2020 merupakan ulang tahun buat Ashraf Sinclair yang ke-41 pada hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram BCL, dia memuat naik gambar suaminya, Ashraf dengan caption yang menyentuh hati sebagai ucapan hari kelahiran suaminya.

“Thank you for making me believe that I am worthy of love…”

“Since you’re gone, I need to be you… someone who loves me, someone who believes in me…”

“Your words are powerful, and I finally see it…”

“I am going to love me, like you love me… Happy birthday sayang”

BCL juga sempat memuat naik video ringkas di Insta Stories yang menunjukkan dia bersama suaminya, Ashraf sedang menyanyikan lagu dari Maroon 5, Lost stars.

Tambah juga, menerusi Insta Stories yang dimuat naik olehnya, Bunga sempat memaparkan kenangan terindah sewaktu dia bersama suami tercinta dan anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Bunga yang telah membuat video penuh menerusi saluran youtubenya yang memaparkan sepotong ayat yang menyentuh hati ramai orang.

“When someone you love becomes a memory. The memory becomes a treasure”

Rata-rata netizen dan juga artis dari Malaysia dan juga Indonesia mengirimkan ucapan selamat ulang tahun buat suaminya, Ashraf Sinclair di ruangan komen. Kesemuanya mendoakan untuk Allahyarham Ashraf dan memberikan sokongan yang banyak buat Bunga dan anaknya, Noah.

Bersempena ulang tahun suaminya, Bunga sempat memuat naik sekeping gambar bersama anaknya yang mengunjungi pusara Allahyarham Ashraf di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Semoga Allahyarham Ashraf Daniel bin Mohamed Sinclair ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.