Hasil Kerja Keras, Wany Hasrita Berjaya Capai Azam 2019 Beli Rumah Sendiri
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya impian penyanyi Wany Hasrita untuk memiliki sebuah kediaman sendiri yang juga azamnya pada tahun lalu sudahpun menjadi kenyataan selepas dia menerima kunci rumah barunyaitu baru-baru ini.
Berita gembira itu dikongsikan Wany menerusi satu posting di laman Instagramnya.
“Betullah kata itu doa”
“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan utk beli rumah.
Jelas Wany lagi, meskipun ianya tertangguh hampir setahun dia tetap bersyukur kerana apa yang diimpikannya kini menjadi kenyataan malah yakin semuanya berbesab
“Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay. Tapi Allah tahu bila waktu yg terbaik utk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pd semua yg mendoakan.
Menerusi entri tersebut dia turut berkongsi sedutan video lama sewaktu dia ditemuramah dalam satu program mengenai azamnya iaitu ingin membeli baru pada tahun 2019.
Dia juga memaklumkan ada memuat naik video tour rumahnya baru ini di saluran Youtube miliknya .
Berkat doa ibunya
Menerusi video penuh yang dikongsikan di Youtube Wany turut menjelaskan semua kejayaan yang berjaya digapainya adalah berkat doa dari ibunya.
Yang menariknya Wany turut berkongsi kejayaannya meraih ‘Silver Plate’ dari Youtube diatas kjayaannya meraih 100 ribu pengikut di Youtube
Saksikan video penuh di bawah: