Noor Nabila Bagi Hint Hubungan Neelofa dan PU Riz?
Netizen punya teruja lain macam

Sejak malam tadi nama pengacara terkenal Neelofa hangat diperkatakan di laman sosial gara-gara IG Story yang dimuat naik kakaknya, Noor Nabila .
Nabila pada video tersebut dilihat menyertakan emoji ‘Love’ sebelum dia memfokuskan kamera kepada Neelofa dan kepada pendakwah bebas, PU Riz.
Menurut netizen, tindakan kakak pengacara tersebut seolah memberikan ‘hint’ terdapat hubungan istimewa antara mereka berdua.
Malah kehadiran PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail yang mengenakan baju sedondon bersama keluarga Neelofa juga menguatkan lagi spekulasi netizen.
Am I the one yang excited tengok story ni? 😍😭❤️ Can’t wait for Neelofa’s turn! InsyaAllah @Neelofa ❤️ pic.twitter.com/kME24To8L3
— jannah (@jannahknayni) September 20, 2020
Jelas netizen bukan hanya Nabila, malah adiknya Ameera Khan turut memuat naik fotonya bersama PU Riz seolah menunjukkan betapa rapatnya hubungan PU Riz bersama mereka sekeluarga.
Irony, everyone in Neelofa family trying so hard to potray PU Riz as some superstar or famous person. 😂😂 pic.twitter.com/lxVqjdDLBN
— 💟 Mira 💟 (@itskaytobeyou) September 20, 2020
I think Neelofa is going to marry the ustaz cuz ustaz pakai baju sedondon dengan her family during nikah 👀
— 𝒻𝓇𝒾𝑒𝒹 𝒸𝒾𝓀𝒾𝓃 (@_natashaanuar) September 20, 2020
Malah emak Neelofa, Noor Kartini turut memuat naik foto mereka sebeluarga beramai-ramai dimana penceramah yang juga pelakon itu turut kelihatan ada bersama.
Sebelum ini hangat diperkatakan sebelum ini bahawa terdapat hubungan istimeewa antara Neelofa dengan penceramah bebas tersebut.

PU Riz bagaimanapun sebelum ini menyangkal dengan menyatakan hubungan mereka berdua hanyalah atas dasar kerja semata.