fbpx
Now Reading
Lindung Nenek Dari Terik Mentari Dengan Fail, Tindakan Murni Wanita Ini Raih Pujian Ramai

Lindung Nenek Dari Terik Mentari Dengan Fail, Tindakan Murni Wanita Ini Raih Pujian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan negara kita kebelakangan ini kerap berdepan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara. Namun disebalik semua itu masih ramais sebenarnya rakya Malaysiat yang masih mengekalkan semangat perpaduan dan tolong menolong meskipun tanpa mengira agama dan bangsa.

Seorang wanita baru-baru ini mendapat pujian dari netizen selepas tular fotonya melindungi seorang warga emas dari terik matahari

Meskipun tidak mengenali sesama sendiri namun tindakannnya memayung nenek tersebut secara spontan bukan hanya mendapat perhatian netizen malahan cucu kepada warga emas tersebut iaitu Privitha Maimaran.

Mewakili keluarganya Privitha kemudiannya memuat naik satu perkongsian di Facebook demi menzahirkan rasa terima kasihnya di atas kasih sayang yang ditunjukkan wanita berkenaan kepada neneknya.

Dia dalam masa sama turut memuat naik momen tersebut yang nyata membuatkan ramai netizen terharu.

“Bagi pihak nenek dan keluarga, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita Melayu ini yang memegang fail dan melindungi nenek saya dari terik matahari ketika mereka beratur di luar bank dalam tempoh yang lama

“Sebab saya kongsikan gambar ini ialah ketika ini, masih ada orang di luar sana yang tak pernah membezakan antara individu rasis dan menghormati orang tua daripada pelbagai bangsa ” tullis Privitha panjang lebar.

Menerusi ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terima kasih mereka kepada wanita berkenaan. Jelas mereka tindakan murninya membuktikan masyarakat kita masih lagi sayangkan perpaduan dan keharmonian.

Malah ramai turut meluahkan rasa syukur keran dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

Hidup bagaikan saudara

Kita semua rakyat Malaysia adalah satu keluarga

Namun disebalik ribuan komen tersebut, seorang wanita dipercayai wanita didalam gambar terbabil tampil membalas komen .

Dia yang dikenali dengan nama Rina menyampaikan kiriman salam buat nenek berkenaan dan menyatakan yang dia berbesar hati membantunya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.